CFDA
Mengikut jejak langkah Kate Moss dan Lady Gaga, Rihanna menerima gelaran ikon fesyen terkini bagi anugerah CFDA ikon fesyen 2014 pada awal Jun tahun lalu. Sentiasa bergaya dalam persalinan berani dan unik memberi impak kepada dunia fesyen malah menjadi rujukan kepada peminatnya. Tahun ini, namanya terus menjadi sebutan apabila dia kini menjadi teman selebriti Karl Lagerfeld pertama Chanel untuk peragaan dua musim.
River Island
Gaya eksentrik Rihanna sentiasa menjadi tajuk utama. Akhirnya, dia menarik nafas lega apabila secara rasminya dia dapat berkongsi idea dalam koleksi terbaru River Island. Malah, dia pernah berkolaborasi bersama koleksi pakaian dalam Emporio Armani dan Armani Jeanss.
Best Selling
Masih terngiang-ngiang runut bunyi “You can stand under my umbrella,” dari koleksi album Good Girl Gone Bad yang telah berjaya mengubah keseluruhan gaya hidupnya malah melalui lagu ini dia telah tercalon dalam sembilan pencalonan di Grammy Awards serta memenangi anugerah Best Rap/Sung Collaboration.Kini, dia terus menggungguli tangga teratas dan antara selebriti muda paling berpengaruh.
Wajah Fesyen
Cetusan fesyennya menarik minat Olivier Rousteing untuk menyuntik dia sebagai wajah kempen terbaru Balmain musim panas 2014. Lenggoknya setiap kempen ini dikatakan sangat luar biasa malah tidak kekok untuk tampil dalam setiap persalinan. Bukan itu sahaja, dia turut menjayakan kempen pakaian dalaman Emporio Armani dengan gaya penuh sensual dan versatil.
Philanthropy
Dia memiliki segala-galanya. Malah, kini dia mempunyai persatuan amal iaitu Believe Foundation bagi membantu anak-anak kecil yang mengalami penyakit kronik dan penghidap HIV/AIDS. Pada 2008, dia mengadakan konsert amal A Girl’s Night Out tanpa caj bayaran dan hanya mengutip dana melalui penaja dan pengiklan.
[soliloquy id="49971"]
[soliloquy slug="ikon-fesyen-rihanna"]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

