7 Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Naratif Gaya Global
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKita sering melihat mereka di atas takhta, dibaluti keanggunan dan simbol kemegahan istana. Namun, di sebalik protokol dan gelaran, ada sisi lain yang jarang diketahui iaitu sisi yang ingin berkarya dan berdiri dengan identiti sendiri. Dalam dekad terakhir, muncul generasi baharu yang menukar tradisi kepada cita rasa moden, menubuhkan jenama fesyen diraja yang mencerminkan semangat kreatif mereka.
Daripada kain tenun Thai ke siluet moden Eropah, para puteri ini menggunakan nama mereka bukan sekadar untuk mewarisi kemasyhuran, tetapi untuk membina empayar gaya yang berpaksikan warisan, etika, dan cita rasa. Fesyen bukan lagi sekadar busana, ia menjadi bahasa baharu untuk menyampaikan siapa mereka di sebalik gelaran “Yang Mulia.”
Dari Bangkok ke Oslo, London hingga ke New York, jenama fesyen diraja kini mengubah naratif fesyen global. Ia bukan hanya tentang keindahan atau status tetapi tentang bagaimana tradisi, keusahawanan dan seni boleh bergabung di bawah satu nama yang melambangkan kekuatan feminin dan budaya.
1. PUTERI SIRIVANNAVARI NARIRATANA RAJAKANYA, SIRIVANNAVARI BANGKOK

Puteri Diraja Thailand ini bukan sekadar ikon gaya, tetapi seorang pereka lulusan bidang reka bentuk. Jenama SIRIVANNAVARI Bangkok, yang diasaskan pada tahun 2005, menjadi medium untuk baginda menzahirkan seni tekstil Thai dalam bentuk yang moden dan penuh cita rasa.
Tahun 2025 menandakan satu kejayaan besar apabila SIRIVANNAVARI melancarkan pop-up store di Galeries Lafayette, Paris, sebelum debut rasminya di Milan Fashion Week Spring/Summer 2026. (Nation Thailand)
Setiap helaian koleksi baginda memaparkan gabungan teknik tradisional dan inovasi moden menjadikan SIRIVANNAVARI bukan sekadar jenama fesyen diraja dari Asia, tetapi satu simbol soft power budaya Thailand di pentas antarabangsa.

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
