fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Trending: Aksesori Terhangat Minggu Fesyen Seoul
Tahun Lembu Disambut Lebih Romantik di Khoon Hooi
#YSL14 Oleh Anthony Vaccarello Menggamit Suasana 80-an Moden
Glamor Di Karpet Merah Screen Actors Guild Awards 2020
Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM

J12: The New Look

DALAM MERAIKAN KOLEKSI JAM TANGAN J12 CHANEL YANG KE-20 TAHUN INI MEMBERIKAN HEMBUSAN BARU DALAM TEKNOLOGI PEMBUATANNYA NAMUN MASIH MENGEKALAN ESEN PENTING JAM TANGAN KLASIK CHANEL.

 

Jika tiada celanya, mengapa perlu diubah lagi? Itu menjadi satu asas penting di Chanel yang sudah punya barisan ikon tanpa cacat celanya.Siapa mampu menidakkan kehalusan seni jaket tweed mereka mahupun betapa kemasnya beg kulit yang diserikan dengan seni jahitan kulit. Hanya diberikan idea baru untuk menambah seri produk ikon Chanel ini. Maka tidak mustahillah buat jam tangan ikonik mereka juga masih mengekalkan perincian utama tanpa mengubah cita rasanya.

 

Pertama kali dilancarkan pada 2000 dengan hasil rekaan Jacques Helleu, J12 ini hadir dalam seramik hitam dan empat tahun kemudiannya dengan simbahan rona puith. Kini meraikan ulang tahun ke-20 tahun buat koleksi jam tangan J12 Chanel, Arnaud Chastaignt selaku  Pengarang Seni Rekaan jam tangan Chanel memberi sedikit anjakan pada rekaan. Permukaan dail jam tangan dibesarkan serta indeks nombor juga digubah dalam rekaan lain serta dibuat menggunakan seramik.

 

Dail jam juga ditambah dengan cetakan Automatic dan Swiss Made menggunakanfon yang sama dengan Chanel. Kekal dengan rekaan yang kukuh pada gelang tangan wanita, J12 yang baru ini muncul dengan ketebalan yang baru namun bersama kemasan sisi yang lebih membulat. Teknologi jam ini dicanggihkan bersama 12.1 gerakan automatic kaliber hasil ilham Suisse Kenissi Manufacture.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse