Jennie Kim Menampilkan Gaya Ikonik di Coachella 2025
Jennie Kim sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen global apabila tampil di pentas Coachella 2025 dengan penggayaan yang bukan sahaja memukau, malah cukup bijak dalam setiap transisi penampilan. Setiap pertukaran gaya disusun seiring dengan perubahan mood lagu, koreografi dan emosi persembahan.
Di sebalik persembahan yang penuh bertenaga, Jennie memastikan setiap helaian fesyen yang digayakan membawa naratif tersendiri. Setiap perincian disusun rapi tanpa lari daripada cita rasa high-fashion dan identitinya sebagai trendsetter sejati. GLAM menyenaraikan cara-cara Jennie Kim menggunakan ‘styling’ sebagai kunci utama untuk mempunyai banyak ‘look’:
LOOK 1: Bustier & Seluar Micro dengan Layered Belt

Membuka persembahan dengan penuh yakin, Jennie tampil dalam bustier berkilauan merah gelap yang memberikan siluet kuat dan sensual. Dipadankan dengan seluar pendek mikro yang mendedahkan kaki panjangnya, gaya ini disempurnakan dengan tiga tali pinggang bersaiz besar yang disusun bertingkat, mencipta ‘layered statement’ yang sangat high-fashion.
Gabungan ini bukan sahaja menonjolkan tubuh Jennie dengan elegan, malah memberi kebebasan untuk pergerakan dinamik di atas pentas.
LOOK 2: Kot Merah Panjang & Pertukaran Aksesori

Untuk beberapa segmen lagu seterusnya, Jennie menambah layer dramatik dengan kot panjang berwarna merah yang terbang megah setiap kali dia bergerak di atas pentas. Jaket panjang ini memberikan efek visual yang luar biasa di bawah lampu pentas, mencipta momen fesyen yang sukar dilupakan.
Pada fasa ini juga, Jennie menukar aksesorinya dari rantai minimal kepada kaca mata hitam statement berbingkai futuristik, memberi sentuhan berani dan misteri. Penukaran aksesori yang kecil tetapi memberi signifikasi ini menunjukkan betapa detailnya Jennie dalam penggayaan setiap babak pementasan.
LOOK 3: But Tinggi Kelabu & Sarung Tangan Kulit

Masih dalam suasana merah hitam yang mendominasi, Jennie melengkapkan look ini dengan but tinggi kelabu dengan padanan yang menyeimbangkan gaya feminin bustier dengan sentuhan edgy dan “street-ready”. Untuk mood lebih garang, Jennie menyarung sarung tangan kulit dalam beberapa segmen, memperkuatkan imej yang berani tetapi sofistikated.
Aksesori seperti ini bukan sahaja memberi gaya, tetapi juga melengkapkan pesona Jennie di atas pentas, dari bintang pop kepada ikon fesyen.
LOOK 4: Sentuhan Minimalis

Menjelang segmen terakhir persembahan, Jennie Kim dilihat menukar gaya kepada sesuatu yang lebih subtle, namun tetap bergaya. Bustier yang sama dipadankan bersama jaket longgar atau layering yang lebih santai. Transisi look ini bukan sekadar soal gaya, sebaliknya menjadi sebahagian daripada naratif persembahan Jennie di pentas.
Apa yang menarik, sepanjang persembahan Jennie adalah setiap perubahan look dilakukan dengan smooth tanpa mengganggu momentum persembahan. Teknik layering yang cermat diterapkan melalui pemilihan jaket, sarung tangan kulit, dan aksesori kepala. Gaya ini memudahkan penukaran visual tanpa memerlukan pertukaran pakaian secara besar-besaran. Inilah kekuatan penggayaan pentas Jennie: fesyen, fungsi dan persembahan bergerak serentak.
ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga Mendominasi Pentas Coachella 2025
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
