fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Stail Terbaik Pelakon Dune: Part Two Di Karpet Tayangan Perdana
Segalanya Tentang Pentas Pertunjukan Prada SS26
Irina Shayk, Ratu Fesyen “Lockdown”
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Jawatan Pengarah Kreatif Mugler Kini Disandang Pereka Amerika Syarikat
Home > Fesyen > Kehalusan Koleksi High Jewelry Tiffany & Co. Diserlahkan Dengan Tiffany Paper Flowers

Kehalusan Koleksi High Jewelry Tiffany & Co. Diserlahkan Dengan Tiffany Paper Flowers

Januari lalu Tiffany & Co. mengumumkan pelantikan Reed Krakoff selaku Ketua Pegawai Artistik mereka dan kini mereka mengumumkan pula koleksi debut Krakoff dengan koleksi Tiffany Paper Flowers menampilkan ceraian jauhari mewah sekaligus menzahirkan imbangan antara elemen feminin dan elemen kemodenan industrial.

 

Diinspirasikan oleh gabungan kelopak bunga dan potongan kertas langsung memberikan ilham untuk menamakan koleksi indah ini menggunakan dua elemen yang anggun dan menarik.

 

“Paper Flowers dipilih untuk membuang segala peraturan yang dikaitkan dengan fine jewelry. Kemewahan tidak seharusnya membawa erti yang formal, jadi kami mengguna batu permata berharga dan bahan paling berkualiti naun pada masa yang sama anda boleh memakai setiap ceraian pada bila-bila masa sahaja,” terang Krakoff.

 

Selari dengan warisan Tiffany, koleksi ini menekankan naturalisme melalui rekaan setiap ceraian dan juga pilihan rona batu yang disempurnakan dengan kemahiran yang Tiffany & Co. punyai.