Keselesaan Tanpa Batas Bersama Koleksi Linen Uniqlo SS25
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioUniqlo membawakan himpunan Koleksi Linen 25SS yang penuh kasual dan bergaya, dedikasi Musim Bunga/Musim Panas 2025 buat penggemar rasa selesa.
Rangkaian koleksi Uniqlo diteruskan dengan pelancaran baharu, Koleksi Linen Musim Bunga/Musim Panas 2025 yang kali ini dihadirkan dengan elemen keselesaan sebagai sorotan. Ia menampilkan sehingga tiga jenis material linen yang masing-masing direka untuk memberi keseimbangan sempurna antara esen selesa dan bergaya. Koleksi ini cukup sesuai dijadikan sebagai ruji fesyen buat cuaca musim panas terutama di Malaysia, di mana setiap jenis fabrik dirancang dengan teliti untuk memastikan penampilan penata gaya harian yang elegan lagi praktikal.

Koleksi Linen Uniqlo 25SS, Menjamin Keselesaan Penuh Gaya
Label dari Jepun ini ternyata menjadi jenama yang amat komited dalam mengeksplorasi koleksi yang dipersembahkan. Koleksi Linen oleh Uniqlo kali ini dibawakan material berbeza seperti Linen Premium Shirt yang diperbuat daripada 100% flaks Eropah. Ia menawarkan kesan warna yang kaya, sentuhan tajam serta kemasan yang lembut. Material Linen Premium ini mampu menyerap kelembapan dengan baik, lantas menjadikannya pilihan ideal untuk iklim musim panas dan lembap buat keselesaan yang berpanjangan.

Sementara itu, himpunan koleksi Linen Blend menyuntik gabungan bahan linen dan rayon yang memberikan rasa licin, lembut dengan kemasan lebih semula jadi. Sebagai contoh, Linen Blend Band Collar Shirt tampil sempurna kerana perinciannya yang ringan dan airy, nyata sesuai dipadukan dengan pelbagai jenis pakaian. Cotton Linen pula adalah campuran kapas bersama linen yang memancarkan rasa selesa dan segar sepanjang hari. Item seperti Linen Cotton Shorts, membawakan pilihan terbaik untuk suasana santai dan kasual. Koleksi ini hadir dengan pelbagai seleksi palet warna yang menyerlah, dari rona pastel yang terang hingga rona bernada gelap yang kesemuanya sesuai untuk dijadikan sebagai tambahan koleksi buat gerobok pakaian harian

Pelancaran Koleksi Linen ini juga telah berlangsung meriah dan eksklusif di Botanica+Co, Bamboo Hills, di mana tetamu berpeluang melihat ‘styling session’ dalam memadankan pelbagai cara dengan pakaian linen. Daiyan Trisha, penyokong jenama buat Uniqlo Malaysia, turut hadir dan berkongsi akan tip penjagaan linen bagi memastikan pakaian koleksi ini kekal anggun untuk kefungsian yang kekal lama. Nikmati keselesaan yang menakjubkan dengan Koleksi Linen Uniqlo Musim Bunga/Musim Panas 2025 di semua butik Uniqlo atau secara atas talian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi ini.

Artikel Berkaitan: Koleksi Neo Klasik Uniqlo SS25 Buat Penggemar Gaya Kasual
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
