fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Yang Glamor Di Karpet Merah CFDA Fashion Awards 2023
RIMOWA Perkenal Koleksi Groove, Beg Kulit Ikonik Mewah
Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe
Benarkah Fesyen Zaman Dahulu Masih Relevan Pada Zaman Kini?
Ini Stail Fesyen Signatur Jennie BLACKPINK Perlu Anda Tahu
Home > Fesyen > Kolaborasi Gigi Hadid x Vogue Eyewear

Kolaborasi Gigi Hadid x Vogue Eyewear

 

Dunia fesyen sememangnya adalah seperti roda yang berputar dengan pantas — before you know it, trend era 90an kini kembali muncul semula! Antara penggerak utama trend ini ialah ikon-ikon fesyen millennial, yakni Kendall Jenner, Hailey Baldwin dan Gigi Hadid. Mereka merupakan penggemar dan pembikin trend bersahaja digemar ramai hampir 20 tahun yang lalu ini!

 

Lantaran itu, ia tidak aneh mengapa jenama kaca mata Vogue mengambil kakak kepada Bella Hadid itu sebagai duta terbaharunya pada bulan Mei lepas. Gigi juga dikhabarkan bakal melancarkan koleksi kapsulnya sendiri, hasil kolaborasi bersama jenama itu.

 

 

Bolehkah anda fikirkan vibe yang digunakan buat koleksi ini? Yes, 90s, 90s, 90s!

 

Koleksi rekaan Vogue bersama sentuhan peribadi model tersebut didatangkan dengan 3 stail berirama vintaj — aviator, cat-eye dan kaca mata berbentuk bujur. Setiap satu stail didatangkan dengan enam pilihan warna lensa! Pasti ada sekurang-kurangnya satu yang menambat hati gadis fesyen di seantero dunia! Terdapat juga satu stail klasik, sesuai bagi mereka yang inginkan kaca mata optik. Koleksi ini bermula dari USD140 (RM600).