Koleksi COS SS26 Membingkai Keanggunan Sinematik Di Seoul
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBuat pertama kalinya, COS mempersembahkan koleksi Spring Summer 2026 di Seoul dengan pendekatan yang cukup sinematik, sambil menghimpunkan barisan bintang terkemuka di dalam satu ruangan yang sama.
Untuk koleksi terkini Musim Bunga/Musim Panas 2026, label COS memilih untuk mengalihkan fokusnya hingga ke Seoul. Ia merupakan sebuah langkah yang terasa segar namun tetap selari dengan bahasa estetiknya yang tenang dan terukur. Buat pertama kalinya, jenama ini mementaskan koleksinya di Korea, membawa bersama pendekatan yang lebih sinematik dalam penceritaan visual. Bukan sekadar menghimpunkan busana, tetapi ia juga sebuah pengalaman yang mengolah memori gaya era 80-an dan 90-an ke dalam konteks masa kini. Di mana, ia halus, terkawal dan juga berlapis. Siluet yang dihadirkan turut berbicara dalam nada yang understated, namun penuh dengan ketelitian dari segi potongan, material serta keseimbangan antara struktur serta gerakan.

COS Mengambil Alih Kota Seoul Buat Pentas Peragaan Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2026
Persembahan berlangsung dalam ruangan yang berinspirasikan brutalist di pinggir kota, yang mana elemen seni bina yang mentah dimanipulasi menjadi latar yang hampir surreal. Tanpa perlu terlalu dramatik, set ini bergantung pada permainan skala, tekstur serta suasana yang nyata membina pengalaman yang mengasyikkan. Bunyi kota dijadikan latar memberi lapisan realiti kepada keseluruhan persembahan, sementara pergerakan barisan model yang tenang dan terkawal menambah rasa sinematik. Ia seolah-olah setiap langkah adalah sebahagian daripada naratif yang lebih besar. Kabus nipis yang menyelubungi ruang pula memperhaluskan visual, menjadikan setiap busana muncul dengan kehadiran yang lebih lembut tetapi tegas.
Daripada segi rekaan, koleksi musim ini bergerak dalam palet yang cukup restrained. Gabungan rona neutral seperti kelabu, krim, putih dan coklat yang diselang-seli dengan ton lebih dalam, lantas memberi kedalaman secara keseluruhan. Eksplorasi material juga memainkan peranan penting, dengan pilihan fabrik yang memiliki kilauan halus, tekstur ringan serta elemen transparensi yang memberikan dimensi kepada setiap pergerakan. Buat koleksi wanita, siluet minimalis diperkaya dengan struktur bahu yang lebih jelas dengan suntikan elemen layering yang lembut, manakala penggunaan fabrik seperti sutera dan knit halus pula mencipta alunan yang elegan. Dalam pada itu, koleksi lelaki menampilkan tailoring yang lebih santai tetapi kemas, dengan sentuhan utilitarian yang bersahaja. Tidak lupa juga dengan deretan aksesori yang melengkapi keseluruhan naratif dengan pendekatan yang bersih dan moden, lalu mengekalkan kesinambungan estetika buat koleksi.

Barisan tetamu yang hadir memperkukuh lagi aura eksklusif pentas peragaan ini. COS menghimpunkan figura-figura berpengaruh dari pelbagai lapangan industri kreatif. Antara yang mencuri perhatian termasuk Alexander Skarsgård, Park Gyuyoung, Seungkwan, Ella, Irene Kim, Sooyoung Choi, Lee Dong-wook dan ramai lagi. Kehadiran mereka ini tidak sekadar melengkapkan visual acara, tetapi turut mencerminkan jangkauan global COS yang semakin meluas, sekali gus memperlihatkan kedudukannya sebagai jenama yang terus relevan dalam lanskap budaya fesyen kontemporari.

Artikel berkaitan: COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
