Koleksi Terkini H&M Innovation Stories, Semak 8 Gaya Personaliti Fesyen dalam Koleksi Tersebut
H&M MENGHADIRKAN KEMBALI KOLEKSI INNOVATION STORIES DENGAN INSPIRASI DAN SENTUHAN LEBIH UNIK. SEMAK SIAPAKAH LAPAN PERSONALITI FESYEN PILIHAN H&M YANG TELAH MENGGAYAKAN REKAAN DARI KOLEKSI TERSEBUT SEWAKTU THE 2022 FASHION AWARDS.
Selebriti, personaliti dan individu fesyen khasnya, berkumpul di Royal Albert Hall London untuk menghadiri acara gemilang the 2022 Fashion Awards. Meraikan kerjaya dan usaha individu-individu paling menginspirasikan dan pereka fesyen paling cemerlang, serta hasil cemerlang yang telah mereka lakukan sepanjang 2022.
Lantas itu, H&M mengambil kesempatan untuk memperkenalkan seleksi rekaan terkini dari koleksi ‘edgy’ lagi berani Innovation Metaverse Design Story di karpet merah the 2022 Fashion Awards. Bersama, personaliti fesyen yang berbeza karakter juga latar belakang, seperti Irina Shayk, Shay Mitchell, Joy Crookes, Manu Rios, Leomie Anderson dan beberapa lagi. Semuanya, melangkah ke acara yang bertempat di Royal Albert Hall dalam busana pilihan tersendiri.
Aspek inklusif dan inovatif menjadi inspirasi di sebalik koleksi ini. Innovation Metaverse Design Story menggabungkan pertukangan fesyen terbaik dengan fantasi gaya tanpa sempadan.
Hadir dibawah naungan landasan Innovation Stories-satu inisiatif yang terdiri daripada siri koleksi bertema yang didedikasikan untuk mempromosikan bahan, teknologi dan proses pengeluaran yang lebih mampan. Turut sama menggalakkan generasi masa kini untuk mengekspresikan diri mereka secara glamor dalam IRL dan dalam talian.
Koleksi H&M Innovation Stories akan mula terjual bermula 8 Disember 2022.
Semak siapakah lapan personaliti fesyen terpilih yang telah menggayakan rekaan dari koleksi H&M Innovation Stories;
- IRINA SHAYK

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
