Lanvin Melantik Pengarah Kreatif Baharu Olivier Lapidus
Lanvin nampaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari pengganti Bouchra Jarrar dengan melantik pakar e-couture Olivier Lapidus.

Rumah fesyen Perancis tersebut yang melepaskan Jarrar kerana mereka terus berdepan dengan kejatuhan dari segi jualan ikutan pemergian Alber Elbaz pada thun 2015 selepas 14 tahun berkhidmat untuk jenama tersebut.
Lapidus bukanlah satu nama besar dalam industri fesyen dan sebelum ini pernah memegang jawatan pengarah kreatif Balmain Homme pada tahu 1985 juga mempunyai labelnya sendiri Creation Olivier Lapidus yang dikategorikan sebagai satu jenama e-couture.
“Dengan sejarah berusia hampir 130 tahun ia merupakan cabaran yang menarik dan sangat besar untuk meneruskan legasi ini,” terang Lapidus.
Ini menunjukkan Lanvin sudi mencuba pendekatan baru oleh Lapidus yang dikatakan sangat tech savvy untuk menyelamatkan jenama Perancis itu.
Sebagai salah satu jenama tertua Perancis, Lanvin juga merupakan jenama yang berdikari dan tidak bernaung di bawah Kering mahupun LVMH.
Koleksi pertama Lapidus bakal dipertunjukkan pada bulan September ini di Paris.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
