Legasi Ratusan Tahun & Aspirasi Feminin Koleksi Perlée Oleh Van Cleef & Arpels
Dalam meraikan semangat kegembiraan dan elemen feminin koleksi Perlée, mereka telah menghiasi rekaan terbaru mereka dengan sentuhan kuning keemasan yang cerah bak mentari yang disempurnakan dengan rekaan perincian yang menawan mengelilingi setiap ceraian.

Di atas sebentuk cincindan juga seurat gelang, tiga sehingga lima baris melengkung telah ditambah dengan perincian manik yang lazim dengan setiap rekaan Van Cleef & Arpels dalam koleksi Perlée kali ini untuk memberikan lebih dimensi kepada ceraian-ceraian ini.

Cincin emas mutiara Perlée, tiga baris.
Gelang terbaru koleksi Perlée ini ditampilkan dalam tiga saiz yang berbeza mengikut kesesuaian si pemakai dan cincin daripada koleksi ini juga ibarat pelengkap kepada gelang yang dipakai ibarat satu harmoni yang sempurna.
Seperti koleksi-koleksi Van Cleef & Arpels yang lain, Perlée juga merupakan legasi seratus tahun yang mendalam dalam jiwa jenama ini.
See Also
Koleksi terbaru mereka ini juga membuka pintu peluang tanpa had kepada si pemakai kerana mereka boleh menggabungkan mana-mana ceraian untuk kombinasi paling menawan mengikut citarasa masing-masing.
