Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein
Calvin Klein melancarkan kempen “A Series Celebrating Women” sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Asia. Lima wanita yang versatil, berkeyakinan dan tersendiri ditampilkan dalam kempen.
Calvin Klein melancarkan kempen “A Series Celebrating Women” untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2023, yang menampilkan lima wanita berbakat dan pelbagai identiti yang tidak gentar menuntut naratif mereka sendiri.
Kempen tersebut diketuai artis bunyi Amerika Christine Sun Kim, yang turut disertai model dan pelakon Thailand Primmy Patnasari, penyanyi dan penulis lagu Taiwan 9M88, perenang Olimpik Hong Kong Stephanie Au dan model dari Berlin Kicki Yang. Imej kempen dan video setiap individu merupakan rakaman dan arahan oleh Mok Jung Woo, mempamerkan sisi dan personaliti berbeza wanita tersebut, mempamerkan keyakinan, semangat dan ekspresi diri mereka yang menjadi fokus utama.
Kempen ini memfokuskan koleksi seluar dalam Calvin Klein dari Calvin Klein 1996 yang baharu untuk stail tersendiri , halus dan selesa. Siluet Modern Cotton yang menyegarkan gaya ikonik Calvin Klein dengan leher tinggi dan bahagian belakang berbentuk U serta ‘t-shirt bralette’ untuk gaya tanpa kesan dan sporty.
Himpunan Modern Cotton Performance yang telah dikemas kini dengan tali pinggang logo dan efek kering pantas lagi inovatif, menawarkan keselesaan serba boleh untuk aktiviti renang, bersenam atau sebagai pakaian harian.
Koleksi Calvin Klein Athletic baharu menampilkan fabrik cepat kering yang disempurnakan dengan material kapas lembut, diinovasikan untuk gaya hidup aktif. Terakhir, CK Black edisi terhad kami menampilkan butiran jahitan yang unik untuk reka bentuk sensual.
Lima wanita Asia menggayakan Calvin Klein Underwear yang baharu



Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
