Loewe Naik Sebagai Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia
Jenama fesyen Loewe menduduki tempat pertama dalam jenama terhangat di dunia pada suku kedua tahun ini, berdasarkan Lyst Index.
Berjaya mengalahkan jenama Miuccia Prada, Miu Miu dan Prada, Loewe naik daripada tempat ketiga ke tempat pertama sebagai jenama fesyen terhangat di dunia. Jenama yang berasal dari Sepanyol ini kini ialah jenama paling hangat menurut analisa daripada Lyst Index. Lyst Index menganalisa tingkah laku pembeli-belah untuk tempoh tiga bulan dan kemudian menerbitkan keputusan suku secara senarai, setiap tahun.
Suku kedua tahun ini merupakan tahun yang sibuk untuk Loewe. Bermula dengan menaja majlis Met Gala 2024, (serta menggayakan bintang-bintang terkenal seperti Ayo Edebiri, Greta Lee, Ariana Grande, Taylor Russell dan Jonathan Bailey) Loewe juga tular dalam dunia fesyen dengan beg tomato mereka yang unik. Antara momen berpengaruh buat Loewe juga ialah kemunculan filem Challengers dibintangi oleh Zendaya, Mike Faist dan Josh O’Connor. Sementara itu, sneakers On x Loewe Cloudtilt 2.0 menduduki tempat produk paling hangat bagi suku kedua tahun ini, turut diikuti oleh Adidas dan Casablanca.
https://www.instagram.com/p/C9b54szIdmU/?img_index=1
Pakaian yang direka oleh Jonathan Anderson, menjadi ilham untuk Loewe menjual baju “I Told Ya” seperti dalam filem itu. Menurut Lyst Index, ini menyumbang kepada peningkatan 29% dalam pencarian untuk Loewe. “Aktiviti ini mengukuhkan keinginan terhadap produk. Permintaan untuk beg bakul dan top tangki anagram turut membantu meningkatkan pencarian sebanyak 29% dalam tempoh tiga bulan yang lalu,'” kata Lyst dalam laporan mereka.
https://www.instagram.com/p/C6MBY-FLYXf/
Di bawah Loewe, Miu Miu menduduki tempat kedua manakala Prada menduduki tempat ketiga. Saint Laurent milik Anthony Maccarello naik tangga keempat dan Gucci, Balenciaga dan Versace berada di dalam lingkungan 10 teratas termasuk dengan Bottega Veneta, Jacquemus, dan Moncler. Senarai ini menjemput jenama Coach buat kali pertama sejak Q4 pada tahun 2022, di tempat ke 20, dek penangan tas tangan Tabby.
Senarai Jenama Terhangat Q2 Tahun 2024
- Loewe
- Miu Miu
- Prada
- Saint Laurent
- Bottega Veneta
- Versace
- Balenciaga
- Jacquemus
- Moncler
- Gucci
- Valentino
- Skims
- Burberry
- New Balance
- Louis Vuitton
- The Row
- Alaïa
- JW Anderson
- Dolce & Gabbana
- Coach
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
