Look 84 Koleksi Métiers d’Art 2017/18 Chanel Menampilkan Magis Karl Lagerfeld

Bertempat di tempat kelahiran genius di sebalik nama Chanel, Karl Lagerfeld mempersembahkan koleksi Métiers d’Art 2017/18 di kota Hamburg, Jerman. Sebuah kota yang cukup dikenali dengan pelabuhan mereka di utara Jerman, Lagerfeld mengambil inspirasi daripada elemen-elemen pelayar laut, setiap ceraian disuntik dengan jiwa Lagerfeld di Hamburg tanpa mengubah sofistikasi yang diterapkan Coco Chanel ke dalam rekaannya.
Antara setiap ceraian seperti mantel, topi pelayar, dan sweaterdress, Look 84 menjadi tumpuan utama peminat Chanel. Ceraian yang menampilkan dress organza yang dihias dengan bulu pelepah mewah dan juga sulaman bertocang.
“Tanpa atelier-atelier yang bagus, anda tidak boleh menghasilkan koleksi yang bagus. Lebih kurang sebulan setengah sebelum persembahan koleksi ini, saya memberi lakaran pertama kepada atelier-atelier Chanel. Saya suka bekerja dengan atelier kami, setiap satu mempunyai kepakaran masing-masing. Saya dan Virginie Viard tahu atelier mana yang mampu menterjemahkan setiap lakaran saya. Apabila lakaran tersebut diberi siluet, sulaman, perincian, dan kemasan, segalanya berubah menjadi dimensi yang saya bayangkan,” jelas Lagerfeld tentang proses yang diambil untuk menghasilkan Look 84.
[envira-gallery id=”81578″]
Dari Lemarié Ateliers yang menggunakan kepakaran mereka untuk menampal hias setiap satu bulu pelepah ke atas dress tersebut yang memakan masa 164 jam untuk menghias.

Ke MONTEX Ateliers pula untuk sulaman bertocang menggunakan jaluran tweed, 1095 tub metalik, dan 146 biji batu permata yang memakan masa 73 jam keseluruhannya.
[envira-gallery id=”81576″]
Tugasan terakhir CHANEL Ateliers pula adalah untuk menggabungkan setiap ceraian yang disempurnakan oleh Lemarié dan MONTEX sebelum dipersembahkan kepada Lagerfeld dan kemudiannya ke atas pentas peragaan.
Koleksi Pre-Fall 2018 Chanel kini boleh didapati di Butik Ephemeral pertama mereka di Malaysia yang bertempat di KLCC (G18 & G19):

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
