Louis Vuitton Pre-Fall 2023 Berlabuh Di Sungai Han
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
May 03, 2023
Nicolas Ghesquiere memilih Jambatan Jamsugyo, Seoul bagi mempersembahkan koleksi Louis Vuitton Pre-Fall 2023.
Sebelum ini mungkin acara musim bunga, luruh atau pra-musim bunga yang mendapat pertunjukan khas. Tetapi buat julung kalinya, Louis Vuitton memilih untuk mementaskan koleksi pra-musim luruh mereka pada umum. Ia meletakkan yang koleksi ini juga menjadi satu aset penting kepada klien dan pasaran mewah. Apabila klien sudah mula terbang menikmati percutian luar negara, koleksi pertengahan ini dilihat penting sebagai pengisi gaya mereka. Maka, Louis Vuitton Pre-Fall 2023 berlabuh di Korea. Lokasi yang cukup penting, kerana sudah lama menjadi tempat yang dekat dengan hati Nicolas Ghesquiere. Seoul mungkin mempunyai banyak bangunan lama atau istana tradisional. Tetapi Louis Vuitton adalah satu jenama yang moden. Maka pemilihan Jambatan Jamsugyo memang tepat dengan selera Ghesquiere. Jambatan ini penting, kerana menghubungkan dua lokasi utama Seoul yakni Gangnam dengan Gangbuk. Ia juga menzahirkan idea tentang perjalanan atau kembara, yang berbalik kepada tunjang utama Louis Vuitton yakni jenama yang kaya dengan idea The Art of Travel. Satu persatu peragawati berjalan sepanjang jambatan 795 meter itu dengan gaya yang cukup moden. Membuka acara adalah muse utama Louis Vuitton, pelakon dan peragawati Korea yakni Hoyeon Jung. Dalam jaket biru bersama skirt kulit sambil membawa beg Alma merah gelap. Tali pinggang bergancu besar, menguatkan lagi signature baharu Ghesquiere dalam rekaan maximalism. Jaket bersifat sporty ini menjadi idea utama koleksi ini dan dipadu bersama karakter parisian chic. Gaya dinamik ini lebih bersifat mewah dengan penggunaan kulit sebagai asas material busana sekaligus mengukuhkan lagi artisanal legasi Louis Vuitton. Lihat video penuh Louis Vuitton Pre-Fall 2023 di sini Artikel Berkaitan: 5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi KusamaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026








