fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Nutrien Penting Anti-Penuaan Wajah
Gucci Musim Luruh 2016: Cipta Zon Bebas Kepada Wanitanya
Legasi Mewah SUEN Jewellers Kini 15 Tahun
Louis Vuitton Women’s Spring Summer 2023 Collection – Livestream From Paris
BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia
Home > Berita > Make It Pop!

Make It Pop!

Coach membawa pencinta jenamanya lari ke tengah kota New York dengan adunan palet segar dari merah, biru hingga ke kuning. Sorakan rona ini cukup asing dengan koleksi terdahulu, lalu ia membawa satu nafas segar pada jenama di bawah telunjuk kreatif Stuart Vevers ini. Lebih mengasyikkan ada terselit satu kolaborasi seni di antara Coach bersama Richard Bernstein, seorang artis seni yang mendominasi era 80-an dengan seni potretnya.

Gambar: BFA

Gambar: BFA

Himpunan yang menggunakan seni pop sebagai asasnya menyuntik rasa urban. Terkenal dengan seni buat kulit majalah Interview oleh Andy Warhol, himpunan koleksi ini mempunyai daya dinamik yang dicedok daripada era 80-an dan 70-an. Terserlahlah rasa elektrik glamor cara Coach dengan pilihan material kulit juga rekaan yang relaks. Potret yang dipilih menghiasi kempen ini adalah wajah-wajah popular era lalu iaitu Barbra Streisand, Michael J. Fox dan Rob Lowe.

Potret Barbra Streisand daripada filem debutnya, Funny Faces.