fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
#NYFW: COACH Musim Bunga 2023-Kemunculan Duta Coach Baharu, LIL NAS X
Trending: Aksesori Terhangat Minggu Fesyen Seoul
G-Dragon & Jacob & Co. Hidupkan Fenomena Baru Dengan Anting-Anting PEACEMINUSONE
Gaya Selebriti Semasa Critic’s Choice Awards 2016
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan
Home > Fesyen > B Bounce Bersama Burberry

B Bounce Bersama Burberry

Melangkah lebih kreatif, jenama fesyen mewah British Burberry  kini telah melancarkan permainan alam maya pertamanya di dunia yakni B Bounce. Permainan atas taluian ini menawarkan pengalaman  interaktif  dengan menandakan pelancaran koleksi jaket puffer baru. Permainan atas talian ini boleh dilayari di laman web rasmi di Burberry.com, dan juga boleh dimainkan pada skrin bersaiz gergasi di gedung utama Burberry London.

Sama seperti permainan Jump Doodle yang popular, B Bounce datang dengan sentuhan Riccardo Tisci yang menampilkan karakter rusa dimana pemain dapat mengawal untuk melantun ke bulan! Dalam permainan ini, Burberry juga menyediakan pelbagai jaket monokram Thomas Burberry untuk digayakan oleh karakter  rusa sebelum memulakan perjalanan ke bulan, sekaligus  pelancaran koleksi jaket baru Burberry.

 

https://www.instagram.com/p/B37EoMGFbcG/?utm_source=ig_web_copy_link

 

B Bounce melancarkan bersama dengan koleksi jaket puffer baru Burberry dan kini boleh dimainkan di Burberry.com.