fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Trench Coat Menjadi Ikon Utama Di Pertunjukan Burberry Winter 26
Kerjasama Stella McCartney dan Adidas Untuk Olimpik 2016
Prabal Gurung Mencabar Status Quo Dunia Fesyen
Grammy 2025 Menyaksikan Dominasi Busana Kilauan Metalik
Dior Lady Art Merentasi Siri Kelima Bertema Metamorfosis
Home > Fesyen > Michael Kors Memperoleh Jimmy Choo Dengan Nilai RM5.14 Bilion

Michael Kors Memperoleh Jimmy Choo Dengan Nilai RM5.14 Bilion

Michael Kors bakal memperoleh jenama Jimmy Choos untuk dipadankan dengan rekaannya.

 

Dua di tengah: John Idol dan Michael Kors

Michael Kors Holdings mengumumkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan untuk membeli syarikat kasut ternama itu yang dulunya milik pereka berbakat tanah air kita, Datuk Jimmy Choo, dengan harga $1.2 bilion (RM5.14 bilion). Pembelian ini merupakan langkah Michael Kors Holdings untuk membesarkan lagi nama mereka dalam pasaran fesyen.

 

“Syarikat ini merupakan peneraju dalam menentukan trend fesyen. Dengan rekaan inovatif dan pertukangan yang luar biasa sesuai hingga ke trendsetter peringkat global,” ujar ketua eksekutif Michael Kors, John Idol, dalam satu kenyataan.

 

Nama Jimmy Choo melonjak naik melalui kemunculan rekaannya dalam bintang “Sex and The City” Sarah Jessica Parker dan juga mendiang Puteri Diana yang amat meminati sepatu rekaan Choo.

 

Dengan pembelian ini juga mereka merancang untuk mengukuhkan lagi kehadiran Jimmy Choo dalam dunia online, tawaran fesyen, dan lokasi peruncitan. Buat masa ini Jimmy Choo mempunyai 150 buah butik serata dunia dan telah meletakkan tawaran untuk menjual jenama ini sejak bulan April lagi.