Minggu Fesyen Dubai Menyaksikan Keagungan RIMBA Oleh Rizman Ruzaini
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioRizman Ruzaini membuka tirai Minggu Fesyen Dubai 2025 dengan pentas peragaan yang mengangkat koleksi RIMBA, sebuah dedikasi agung kepada rimba purba Asia Tenggara.
Gabungan glamor mewah dengan keagungan rimba purba, jenama Rizman Ruzaini menyingkap koleksi ‘RIMBA’ sebagai helaian demi couture yang berdenyut dengan jiwa alam. Koleksi ini terinspirasi daripada rimba purba Asia Tenggara yang mana hutan hujan yang menyimpan rahsia ribuan tahun seperti flora, fauna dan harimau Malaya bersemayam sebagai roh agung. Dalam koleksi ini, setiap helaian busana menjadi fragmen puisi, lantas mengangkat warisan alam tropika ke dalam bahasa fesyen antarabangsa yang penuh anggun dan berkarisma.

Koleksi RIMBA Oleh Rizman Ruzaini, Couture Yang Bernafas Dengan Jiwa Alam
Himpunan siluet mengungkap harmoni antara kelembutan dan kekuatan. Dress malam yang beralun feminin digandingkan dengan potongan tajam yang berani, seperti dialog antara rapuhnya daun dan teguhnya batang pohon. Di tengah segala kerumitan, motif harimau Malaya menjadi inti koleksi yang disulam, dicetak serta dihidupkan sebagai simbol ketahanan dan kebanggaan rantau ini. Rizman Ruzaini menjadikan setiap helaian bukan hanya karya fesyen, tetapi sebuah seruan untuk menghargai warisan semula jadi yang semakin terhakis.

Seterusnya, palet warna koleksi ini memetik ilham daripada rimba yang hidup. Hijau gelap yang merimbun, hitam pekat yang misterius dan rona tanah yang hangat menjadi kanvas utama. Sementara itu, percikan rona berani termasuk merah rafflesia, biru kuang raja, kilauan enggang, menjadi aksen yang menghidupkan keseluruhan naratif visual. Tekstur fabrik pula bercerita dalam bisikan tersendiri, di mana perincian seperti cetakan sifon dan sulaman timbul yang cukup mewah ternyata tampak seperti hidup pada helaian busana. Ia adalah sebuah koleksi yang membawa rimba seolah ke tubuh manusia namun diintepretasi dalam bentuk couture.

Lebih jauh daripada sekadar pementasan busana, RIMBA menandakan suara Asia Tenggara di pentas global dengan penuh gah. Ia adalah bukti bahawa akar budaya, ekosistem tropika mahupun puisi alam rantau adalah setanding dengan mana-mana naratif couture antarabangsa. Dalam koleksinya kali ini, Rizman Ruzaini menyulam alam, warisan dan visi masa depan ke dalam helaian demi couture yang bukan sahaja anggun, tetapi penuh makna seperti jenamanya yang terus mekar, seiring denyut rimba yang tidak pernah hilang.

Artikel berkaitan: ‘Rebirth’ RR By Rizman Ruzaini Menyapa Dunia Di Pentas KLFW 2025
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
