Related Stories
Kontroversi Casting Balenciaga Diketengahkan Lagi Dengan Kenyataan Terbaru
Baru-baru ini dunia fesyen dikejutkan dengan kontroversi sewaktu pemilihan model yang dilakukan untuk Balenciaga oleh Maida Boina dan Rami Fernandes yang dilaporkan oleh casting director melalui satu pos Instagram.
James Scully sebelum ini pernah berjanji untuk menggunakan landasannya untuk melaporkan sebarang ketidakadilan yang berlaku dalam industri fesyen terutamanya model-model.
That’s what he did. Ikutan aduan daripada beberapa model kepada Scully, dia membuat keputusan untuk mengetengahkan isu ini kepada khalayak ramai.
Sejurus itu, Balenciaga tampil mengeluarkan kenyataan yang menyatakan mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan bersama agensi berkenaan ikutan isu yang diperkatakan.
Salah seorang casting director yang dikaitkan dengan isu ini, Maida Boina, telah mengeluarkan kenyataan secara ekslusif kepada Business of Fashion:
Pertama sekali, kami memuji James Scully kerana mengetengahkan isu kepelbagaian etnik dan layanan baik model-model pentas peragaan. Sebagai seorang woman of colour, saya sendiri menyokong kepelbagaian etnik dalam industri ini. Pada tahun lepas, saya memilih satu pertunjukan yang menampilkan model-model berkulit hitam dan etnik untuk sebuah rumah fesyen yang penting di New York. Saya mengambil berat dan memberi komitmen kepada keadaan model-model ini. Kami, walau bagaimanapun, tidak bersetuju dengan James kerana berkongsikan kenyataan yang tidak tepat dan berunsur fitnah mengenai pemilihan Balenciaga pada Ahad lalu.
Maida kemudiannya menerangkan yang model-model diminta untuk menunggun di bahagian tangga kerana kawasan di Balenciaga tidak boleh digunakan pada waktu itu.
Tetapi, beberapa model-model yang menghadiri sesi pemilihan pada hari tersebut tampil berkongsikan komen mereka pada pos yang dikongsikan James.
Judith Schiltz, Model:
Saya merupakan salah seorang model wanita yang menunggu di tangga yang diperkatakan. Saya berusia 27 tahun sekarang dan ini bukan kerja sepenuh masa saya, tetapi kalau saya lebih muda dan bekerja sepenuh masa dalam industri ini, saya pasti akan berasa sangat kecewa dengan orang-orang serta layanan sebegini. Saya membuat keputusan untuk meninggalkan sesi pemilihan tersebut sebelum giliran saya. Selepas saya nampak casting director menjerit kepada kami untuk keluar dalam gelap dan memberitahu kami bahawa kami ibarat sekumpulan groupie di sebuah konsert.
Michael Armenakis, Model lelaki:
Tepat sekali, saya ingat beberapa tahun yang lalu untuk pemilihan Jil Sander, Meida dan Rami akan memanggil anda pada jam 3 dan akan terus keluar makan tengahari untuk tiga jam, dan ini telah pun diketahui ramai tetapi tidak dibincangkan kerana semua orang mahukan peluang untuk satu ekslusif atau untuk berjalan di atas pentas peragaan untuk jenama yang besar.
Mollie Gondi, Model:
Maida akan meminta saya untuk menhadiri sesi pemilihan setiap musim dan mengunci saya dalam sebuah bilik selama tiga jam sementara orang lain panik dan akhirnya tidak memilih saya pun. Surat mohon maaf kepada agensi-agensi daripada Balenciaga sangat lawak kerana ejen-ejen sudah pun mengetahui hal ini dan mereka tidka berfikir dua kali pun kerana mereka mahukan model mereka dipilih.
Beberapa lagi orang model turut meninggalkan komen mereka untuk menunjukkan sokongan mereka mahupun menyatakan persetujuan mereka kepada laporan James.
So what is the truth here, Maida? Untuk kenyataan penuh Maida kepada Business of Fashion sila klik disini.
Artikel Berkaitan
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjuka...
Kembali Langsing, Adriana Lima Curi Perhatian di P...
LIVE STREAMING : Louis Vuitton Fall/Winter 2020
Taking Matters Into Her Own Hands, Gigi ‘Hal...
10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjuka...
Kameo Mengejutkan Atas Pentas Peragaan Fashion Wee...
#PFW: Himpunan Street Style Mengagumkan Paris Fash...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
