Naelofar Merayakan Lebaran 2026 Dengan Koleksi Atelier
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBersempena musim perayaan tahun ini, Naelofar mempersembahkan Atelier Collection Raya 2026 yang meraikan fesyen modest yang bernada segar, berketukangan tinggi serta keanggunan timeless yang melangkaui trend bermusim.
Jenama Naelofar kembali menyapa musim perayaan dengan Atelier Collection untuk Raya 2026, sebuah penghormatan halus terhadap seni pertukangan yang hidup dalam setiap jahitan, siluet dan ketukangan. Koleksi ini meraikan keindahan yang tampak effortless namun masih kekal membawa esen mewah. Daripada perincian yang menangkap cahaya secara lembut hingga siluet yang mengalir dengan penuh keanggunan, koleksi ini lantas mencipta nuansa elegan namun tetap terperinci. Dihadirkan dengan rangkaian koleksi ready-to-wear yang bersifat timeless, Naelofar Atelier menzahirkan semula nada pemakaian sopan melalui lensa baharu yang lebih segar, premium dan refined. Masih membawa DNA yang dikenali, kini ia tampil dengan nafas baharu yang lebih sarat nilai ketukangan. Bagi menyelami lebih dekat di sebalik koleksi ini, GLAM berkesempatan menemu bual bersama pengasas label Naelofar, Neelofa dan Aqief.
Disebalik Keindahan Naelofar Atelier Collection 2026
1. Apakah visi utama Naelofar dalam memperkenalkan Atelier Collection untuk Raya 2026 ini?
Bagi Naelofar, Atelier Collection Raya 2026 diperkenalkan sebagai satu ekspresi kematangan jenama, di mana fesyen diraikan melalui ketelitian, sentuhan halus dan nilai emosi. Koleksi ini dicipta untuk menawarkan pengalaman Raya yang lebih peribadi dan eksklusif, sambil mengekalkan identiti moden Naelofar. Ia mencerminkan fokus baharu terhadap kualiti dan craftsmanship, menjadikan setiap helaian bukan sekadar indah dipandang, tetapi bermakna untuk dipakai.

2. Kongsikan apa inspirasi disebalik koleksi kali ini dan apa yang membezakan dengan koleksi terdahulu.
Inspirasi di sebalik Atelier Collection ini lahir daripada keinginan Naelofar untuk kembali kepada asas. Di mana, kami menghargai proses, masa dan sentuhan ketukangan dalam menghasilkan sebuah rekaan. Berbeza dengan koleksi terdahulu yang lebih bersifat luas dan komersial, koleksi ini ia dirangka dengan pendekatan yang lebih intim dan teliti, di mana setiap helaian dicipta dengan identiti tersendiri. Ia adalah refleksi kematangan jenama, di mana keindahan tidak lagi dikejar melalui perincian berlebihan, tetapi melalui ketepatan dan kesederhanaan yang bernilai.
3. Koleksi ini banyak menekankan elemen craftsmanship. Bagaimana proses rekaan dan perincian berlangsung?
Penekanan terhadap craftsmanship menjadi teras utama sepanjang proses rekaan. Setiap langkah, daripada lakaran awal hingga ke produk akhir melalui fasa eksperimentasi dan penyempurnaan yang rapi. Fokus diberikan kepada potongan yang jatuh cantik di tubuh, pemilihan fabrik yang memberi struktur dan keselesaan, serta kemasan yang halus tetapi signifikan. Proses ini menyorot kesabaran dan ketelitian, lantas menjadi satu pendekatan yang jarang diambil dalam dunia penghasilan ready-to-wear berskala besar, namun ia menjadi identiti penting bagi Atelier Collection.

4. Bagaimana Naelofar memastikan setiap helaian kekal praktikal sebagai ready-to-wear, namun masih membawa rasa eksklusif Atelier itu?
Walaupun sarat dengan perincian dan sentuhan eksklusif, Naelofar kekal memastikan setiap rekaan bersifat praktikal dan boleh digayakan dalam kehidupan sebenar. Siluet direka agar mudah dipakai, memudahkan pergerakan serta sesuai untuk pelbagai suasana raya, tanpa mengorbankan rasa istimewa yang dibawa oleh Atelier. Keseimbangan ini menjadi kunci, di mana fesyen yang indah tidak hanya untuk dilihat, tetapi sewajarnya untuk dipakai dan dirasai.
5. Selepas memperkenalkan Atelier Collection ini, ke manakah arah Naelofar dalam mendefinisikan fesyen modest yang lebih timeless dan premium?
Selepas pengenalan Atelier Collection ini, hala tuju Naelofar semakin jelas dalam mendefinisikan modest fashion yang lebih timeless dan premium. Dari sudut masa depan, kami melihat rekaan sepatutnya tidak terikat kepada musim semata-mata, tetapi wajarnya bertahan melangkaui trend, menjadikan helaian itu terus relevan dari tahun ke tahun. Koleksi Atelier ini menjadi penanda arah baharu, serta satu komitmen terhadap kualiti, nilai dan keanggunan yang berpanjangan buat Naelofar.
Artikel berkaitan: GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
