fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
FENDI Spring/Summer’s 8 Best Looks
Kenali Jenama Barang Kemas FOPE, Kini Di Buka di Seibu The Exchange TRX
GLAM kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki
Halloween 2017 Disambut Dengan Lebih Meriah Oleh Adele, Nicki Minaj & Ramai Lagi
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > LFW > The New Cool Burberry Untuk London Fashion Week

The New Cool Burberry Untuk London Fashion Week

KESEIMBANGAN ANTARA SENI RUSTIK DAN PENGARUH BUDAYA BRITISH MENYIMBAH ENERGI BARU BUAT BURBERRY MUSIM BUNGA 2018

Teks: Yana Baharudin

 

Foto Courtesy of Burberry / Alasdair McLellan

Bangunan lama Old Sessions House di Clerkenwell, London ini dibuka hanya untuk Burbbery  mementaskan koleksi baru ini. Keseluruhan look diinspirasi daripada imej-imej yang dibawakan oleh industri perkilangan, kasar serta refleksi daripada gaya hidup masyarakat utara di England. Dengan itu, Bailey memadukan identiti Burberry yang kuat langsung menjadikan setiap rekaannya  tampil seimbang.

 

Foto Courtesy of Burberry / Alasdair McLellan

 Dinding bangunan dibiarkan dalam keadaan usang demi mengekalkan sifat artistik  bangunan yang berusia 250 tahun ini. Lalu ia dibalas dengan kehadiran helaian yang rata-ratanya daripada palet sorbet- merah jambu, biru lembut dan hijau bersama kehadiran warna signatur Burberry iaitu camel, merah dan biru tua.

 

Foto Courtesy of Burberry / Alasdair McLellan

Burberry musim ini bagaikan melangkah masuk pada aliran yang menjadi kegilaan penggemar trend kini. Kot oversized, elongated sleeves dan manipulasi terhadap siluet klasik menyimpulkan himpunan lebih  bertenaga. Meskipun semuanya tampak baru, corak tartan yang merupakan simbol ikonik jenama ini disegarkan pada variasi beg besar, kot hingga akaesori lainnya.

 

Foto Courtesy of Burberry / Alasdair McLellan

 

Foto Courtesy of Burberry / Alasdair McLellan