OBSESI GLAM: Cameron Silver

GLAM dekati usahawan fesyen Cameron Silver untuk mengetahui maksud “power dressing” bagi beliau.

 

cameron silver

Bagi anda sebagai orang yang menjiwai fesyen vintaj, apakah maksud sebenar ‘Power Dressing’?
Ia bermula apabila sekelompok wanita yang mahu  bekerja dan memerlukan pakaian yang secocok dengan kerjaya mereka. Mungkin terma ini hanya muncul sejak era 80-an tapi sebenarnya wanita sudah mula bergaya dalam cara power dressing sejak dekad 40-an lagi. Cara pemakaian sebegini membantu mereka untuk dilihat punya keyakinan yang tinggi dan setanding pekerja lelaki. Sehingga kini wanita terus gah dalam hal bergaya berserta resume yang hebat belaka.

 

Adakah peredaran waktu memberi ruang untuk gaya wanita berkuasa ini berubah-ubah?
Semestinya gaya dan trend wanita yang berprofil tinggi ini berubah mengikut aliran waktu serta dekad mereka. Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana Michelle Obama, Wanita Pertama Amerika Syarikat menjadi wanita paling berkuasa di dunia tetapi tidak menyarungkan sut yang bosan. Dia bijak dalam memilih busana lebih bersifat feminin. Lain pula cara rentak Hillary Clinton yang dibesarkan dalam masa yang berlainan lantas dia selesa memilih sut dress. Jenama juga berubah, Giorgio Armani mungkin pilihan Clinton dan Puan Obama meraikan jenama muda.

 

Apa yang menjadikan wanita itu berkuasa tetapi masa sama hebat cita rasa fesyennya?
Idea wanita menyarung sut bagi menampakkan mereka punya kuasa itu mungkin sudah lapuk. Secara peribadi saya lebih tertarik melihat wanita alfa yang bijak menyarungkan jenama yang hangat mengikut masa. Contohnya  kala Calvin Klien dan Helmut Lang cukup gemilang di era 90-an, mereka menjadi rebutan wanita hebat. Apa yang penting adalah wanita perlu terus memiliki rasa seksi dalam diri dalam mentadbir sesebuah organisasi. Mungkin Marlene Dietrich boleh dijadikan sumber inspriasi wanita alfa hari ini.

 

PILIHAN CAMERON SILVER

 

GUCCI

GUCCI


 
BRAUN BUFFEL

BRAUN BUFFEL


 
DIANE VON FURSTENBERG

DIANE VON FURSTENBERG


 
GUCCI

GUCCI


 
JAEGER-LE-COULTRE

JAEGER-LE-COULTRE

POST A COMMENT