Paul Smith Musim Bunga 2021, “Floral Game Strong”
Paul Smith menghadirkan rekaan yang ringkas, mudah dan praktikal buat koleksi musim bunga/panas 2021. Tidak kompleks, tonjolan gaya wanita yang menjadi kebiasaan pernah kita lihat sebelum-sebelum ini. Tiada sesuatu yang baharu, apakah mungkin krisis pandemik menyekat kreativiti Paul Smith untuk berkarya? Atau apakah Paul Smith mahukan kita kembali kepada yang asas sahaja.
Pun begitu, pengalaman ‘lockdown’ Paul Smith telah memberinya inspirasi untuk menawarkan himpunan yang fleksibel, ringan dan menitikberatkan faktor keselesaan. Seperti koleksi terdahulunya, Paul Smith kekal dengan ilham bepergian. Cinta dan sayangnya Paul Smith terhadap dunia kembara memang tiada bandingannya.
Untuk koleksi musim bunga 2020, Paul Smith sekali lagi berkelana ke suatu destinasi indah. Yang turut menggarap perspektifnya sewaktu pergi mengembara suatu ketika dahulu. Era ’50-an membentuk latar masa untuk koleksi musim ini. Lalu dinyatakan melalui sifat pembuatan yang punya fokus kebebasan dalam pergerakan. Setiap rekaan dipersembahkan secara ‘virtual’ dan dengan hanya pengkaryaan imej, satu dunia dapat dekati koleksi terbaharu Paul Smith.
Perihal aksesori pula, Paul Smith menghadirkan sandal dan topi yang beragam, serta helaian ‘overshirt’ dan jaket hybrids yang mana, fabrik yang digunakan melalui proses dan direka secara terperinci. Butiran yang menegapkan seluruh koleksi musim ini, benar-benar diolah buat wanita yang dambakan rekaan stylish yang difokuskan pergi menggembara.
Siluet longgar dan ‘bersahaja’ yang ditampilkan pada kemeja dres, skirt labuh, seluar wide dan jaket, lantas mewujudkan sensasi keselesaan yang membenarkan pergerakan aktif. Mempertaruhkan keringan, Paul Smith mengeksplorasi cetakan floral yang dipinjam dari akrib Paul Smith. Sebagai elemen tambahan, cetakn floral tersebut diinovasikan nafas baru, agar tampil dalam perspektif yang lebih moden dan kemas. Sut-sut warna lembut yang bersifat feminin, dipertegapkan konstruksinya bagi melengkapi gerobok fesyen wanita masa kini.


Artikel berkaitan: Kanta Neutral Brunello Cucinelli Musim Bunga 2021
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




