Related Stories
Penampilan Terbaik Zendaya Sepanjang Tayangan Perdana ‘Challengers’
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPelakon dan fesyen ikon Zendaya sedang giat melakukan press tour untuk filem terbarunya, ‘Challengers‘. Zendaya sememangnya terkenal dengan sentiasa memberikan momen fesyen terbaik. Kini, dia sibuk dengan jelajahnya dan setiap pakaian sepanjang jelajah itu diilhamkan oleh sukan tenis sempena filem Challengers.
Filem Challengers yang diarahkan oleh pengarah berwawasan, Luca Guadagnino bakal ditayangkan tidak lama lagi di pawagam. Drama yang mengisahkan tentang cinta tiga segi pemain tenis ini dibintangi oleh pemenang Golden Globe Awards, Zendaya. Turut dilakonkan bersama Mike Faist dan Josh O’Connor. Para pelakon Challengers kini sedang sibuk melakukan press tour dan tayangan perdana bagi mempromosikan filem mereka. Namun begitu, momen fesyen Zendaya sekali lagi menjadi tumpuan dan bualan ramai, selepas moment fesyen filem Dune. Zendaya memukau para peminatnya dengan fesyen inspirasi daripada sukan tenis pula.
Ini Momen Fesyen Terbaik Zendaya Bersempena Filem ‘Challengers’.
1. Loewe Tennis Dress
https://www.instagram.com/reel/C4-1cbBIXpb/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Zendaya menyarungkan gaun Loewe hijau berkilauan oleh Jonathan Anderson, Pengarah Kreatif Loewe. Gaun dengan siluet panjang terbelah ini dihiasi dengan ilustrasi gambaran orang bermain tenis. Penampilan Zendaya yang membawa kreativiti yang diadaptasi oleh filem lakonannya membuatkan ramai terpesona ketika menghadiri tayangan perdana Australian Challengers pada 26 Mac 2024.
2. Checked Coat Dress
https://www.instagram.com/p/C5arprTs9-V/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Pelakon utama Challengers ini menggegarkan gaun kot bercorak berinspirasikan tahun 1960-an. Turut dipadankan aksesori kepala dan kasut tumit berwarna putih yang tampil terserlah bersama. Zendaya memadukan gaya ini pada 6 April di Maison de l’Amerique Latine. Penampilan itu direka oleh Jacobs daripada koleksi Louis Vuitton Spring/Summer 2013.
3. Kasut Tenis Bualan Ramai
https://www.instagram.com/p/C5gONcANCUT/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Ketika menghadiri photocall di Rom, Zendaya sekali lagi tampil anggun dengan menggayakan pakaian daripada Loewe. Gaun mini dengan pleated skirt ini sangat cantik pada badan Zendaya. Bukan itu sahaja, dia turut memadankan bajunya dengan kasut tumit tinggi bersama bola tenis yang seolah melekat pada tumit kasut tersebut. Ramai memberi pujian atas kreativiti yang disampaikan dengan cukup sempurna!
4. Suntikan Elemen sukan
https://www.instagram.com/p/C5meUoAuVSE/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Kali ini, dia memilih Thom Browne sebagai pilihan. Siapa sangka, gabungan skirt labuci dengan kain mesh berwarna putih membuatkan Zendaya tampak sungguh jelita! Ditambah pula dengan perincian sulaman raket tenis sebagai perhiasan tambahan yang memberi impak wow factor. Zendaya memadukan penampilan ini ketika tayangan perdana Challengers di U.K pada 10 April 2024.
5. Gaun Bola Tenis
https://www.instagram.com/reel/C56jvzZqdTD/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Zendaya membawa teniscore ke tahap baharu pada tayangan perdana selepas pesta Challengers pada 16 April di California. Dia memakai gaun kuning neon tersuai oleh Celia Kritharioti yang padan dengan warna bola tenis dengan sempurna. Ia memaparkan garis leher rendah yang menjunam bersama satu perincian bola tenis di pinggangnya.
6. Fabulous Pink
https://www.instagram.com/p/C6BVwGfLDWG/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Momen fesyen Challengers Zendaya yang paling baharu adalah apabila dia memakai gaun berwarna merah jambu lembut oleh Jacquemus. Gaun tersuai dengan skirt penuh bersama baju polo ini membuatkan keterampilan Zendaya tampak sungguh menawan! Rupa ini disuntik dengan sedikit elemen seksi, namun masih diperlihatkan aura yang anggun. Dia menyempurnakan penampilan ini dengan ikat kepala busur yang bergaya di Beverly Hills pada 20 April 2024.
Artikel berkaitan: 5 Gaya Berani Zendaya Di Acara Permaidani Merah 2021
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
