Perhiasan Barang Kemas di Hamparan Merah 2015
Gemerlapan berlian di hamparan merah memukau setiap pandangan. Suntikan glamor barang kemas jadi pelengkap gaya selebriti di hamparan merah. Lihat antara yang terbaik digayakan selebriti tahun ini.
Gambar: TPGVIP
Dita Von Teese memakai kalung Ruby dari Chopard di Cannes amFAR Gala.
Gambar: TPGVIP
Rantai turquoise Tiffany & Co. jadi pilihan Cate Blachett di Anugerah Oscar.
Gambar: TPGVIP
Rantai Van Cleef & Arpels yang dipakai Margot Robbie di majlis Oscar ini dihiasi berlian serta batu nilam emas kuning 18 karat.
Gambar: TPGVIP
Rantai berlian dan platinum 100 karat dari Neil Lane yang dipakai Zoe Saldana di Anugerah Oscar menyuntik elemen feminin pada keseluruhan gaya aktres itu.
Gambar: TPGVIP
Faktor usia yang muda membuatkan aktres Chloe Grace Morretz memilih untuk tampil dengan statement ear cuff berlian dari Forevermark di Oscar.
Gambar: TPGVIP
Chanel Iman dalam subang de Grisogono sewaktu menghadiri Festival Filem Cannes.
Gaya elegan Jane Fonda di Festival Filem Cannes dengan rantai dihiasi berlian, batu delima serta delima Mozambique 15.29 karat dari Cartier.
Gambar: TPGVIP
Trend subang sebelah digayakan peragawati Barbara Palvin di Festival Filem Cannes dengan subang panjang Chopard yang dihiasi batu permata spinal, berlian putih dan 18 karat emas.
Gambar: TPGVIP
Subang emerald hijau dari Anna Hu Haute Joaillerie suntik gaya elegan pada penampilan Emily Blunt di Festival Filem Cannes.
Gambar: TPGVIP
Natalie Portman menggayakan subang dari de Grisogono di Festival Filem Cannes.
Gambar: TPGVIP
Paten rantai panjang Chopard digayakan Irina Shayk sewaktu menghadiri gala parti jenama barang kemas itu.
Gambar: TPGVIP
Rantai berlian dihiasi emas putih 18 karat digayakan Poppy Delevingne di Festival Filem Cannes.
Gambar: TPGVIP
One of a kind! Rantai berbentuk ular dari Boucheron yang digayakan Natasha Poly di Festival Filem Cannes ini diperbuat daripada emas putih, berlian, mother of pearl dan batu kristal.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


