Pertunjukan Fesyen 2 Dalam 1 Antara Monse & Oscar de la Renta
Setelah kembali semula ke Oscar de la Renta sebagai pengarah kreatif pada bulan September yang lalu, Laura Kim dan Fernando Garcia akhirnya mempamerkan koleksi pertama mereka untuk Oscar de la Renta. Semasa pertunjukan yang sama mereka turut mempamerkan koleksi daripada jenama mereka sendiri, Monse yang masih baru tetapi diminati oleh peminat fesyen.
[envira-gallery id=”62090″]
Dalam pertunjukan fesyen yang unik pada malam Isnin, mereka memulakan pertunjukan dengan koleksi Monse yang mempamerkan ceraian-ceraian minimalis dan gaya wanita moden. Koleksi Monse dibuka dengan ceraian-ceraian berwarna monoton sepeti hitam, putih dan kelabu sebelum seorang model yang mengenakan dress merah menyala diikuti dengan ceraian berwarna yang lain.
[envira-gallery id=”62073″]
Apa yang pasti untuk koleksi musim luruh/sejuk Monse kali ini adalah bahagian bahu yang terdedah untuk kebanyakan gaya yang mereka pamerkan.
Sejurus itu, koleksi mereka untuk Oscar de la Renta pula menyusul walaupun mereka terpaksa menghadapi masalah teknikal. Gaya pertama untuk koleksi ini adalah sepasang baju hitam berlenga hitam yang dipadankan dengan sepasang seluar hitam fitting.
[envira-gallery id=”62075″]
Visi moden dan segar Laura dan Fernando diterapkan dalam gaya klasik de la Renta dalam koleksi ini. Permainan warna juga bisa di lihat antara ceraian-ceraian yang dipamerkan.
[envira-gallery id=”62076″]
Mereka juga membuktikan yang pants are good evening wear too!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
