Print On Print: Selamat Tinggal Quiet Luxury!
Ucapkan selamat tinggal kepada minimalis dan gaya asas dalam berfesyen! ‘Print on print’ kini hadir untuk mendorong individu agar tampil lebih berani dan menyerlahkan keperibadian asli masing-masing.
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berevolusi, fenomena ‘clean girl aesthetic’ atau rona yang senada pernah menjadi panduan utama untuk individu menentukan pilihan pakaian mereka. Setiap helaian pakaian yang dipilih perlu berada dalam lingkungan warna yang sama manakala corak dianggap berisiko jika digayakan secara berlapis-lapis. Namun, tahun 2026 mencatat satu perubahan ketara di mana trend ‘print on print’ mula mendominasi media sosial dan gaya fesyen masyarakat. Individu tidak lagi takut untuk memadankan busana bercorak bersama hijab bercorak. Ia berani, ekspresif dan memukau.
Gabungan corak yang memukau

Lebih daripada sekadar trend, ‘print on print’ menjadi satu pernyataan visual terhadap sesiapa yang melihat tanpa perlu mengeluarkan sebarang penjelasan. Corak-corak itu sudah cukup untuk menceritakan personaliti si pemakai, tanpa perlu sebarang penjelasan.
Gaya fesyen ini bukan tentang gaya yang terlalu selamat atau sekadar kelihatan ‘serasi’. Ia tentang kontras. Tentang keberanian setiap individu meraikan perbezaan yang ketara tanpa memerlukan pengiktirafan sesiapa. Corak jalur dipadankan dengan bunga, abstrak bertemu polka dot, motif geometri berlapis etnik — semuanya wujud dalam satu siluet yang sama, namun masih seimbang. Di sinilah seni sebenar ‘print on print’ terserlah. Ia bukan kacau-bilau, tetapi satu komposisi visual yang disengajakan.
Warna & Aksesori Menjadi Suara Personaliti

Warna juga berbicara di dalam gaya yang istimewa ini. Monokrom print memberi impak minimal tetapi tajam. Walaupun rona yang dipilih adalah basic dan tidak berlebihan, corak yang dilapiskan bersama masih mampu menyampaikan personaliti autentik si pemakai. Warna-warna neon pula menghadirkan energi urban yang edgy. Dan bagi yang berani, clash warna terang adalah lambang keyakinan mutlak — tiada ruang untuk ragu. Walaupun ia kelihatan agak janggal oleh sesetengah orang, pemilihan ini adalah untuk menggambarkan keperibadian asli masing-masing.
Aksesori? Biarkan ia menjadi pelengkap, bukan pesaing. Ramai beranggapan bahawa aksesori yang dipilih haruslah minimal untuk memberi ruang kepada busana untuk menyerlah. Namun, untuk individu berkeperibadian maximalism, more is more. Contohnya, beg tangan bercorak leopard boleh sahaja digayakan bersama pakaian yang sudah bercorak. Namun, pemilihan warna dan tekstur turut memainkan peranan penting untuk memastikan keseimbangan visual. Untuk individu yang menginginkan harmoni dan belum bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada gaya tersebut, beg berstruktur polos atau kasut ton-sur-ton boleh memberikan keserasian visual.
Berani Tampil Berbeza

Rahsia untuk menggayakan trend ini tanpa rasa malu atau takut? Keyakinan. Percaya pada naluri gaya sendiri. Apabila keyakinan hadir, corak yang berlapis tidak lagi kelihatan ‘terlalu banyak’, sebaliknya tampak penuh karakter. Dalam dunia yang sering memuja kesempurnaan dan keseragaman, ‘print on print’ berdiri sebagai simbol kebebasan berekspresi. Ia tidak meminta izin untuk menonjol, dan tidak memohon maaf kerana berbeza. Suatu pemikiran yang perlu diserap dan diaplikasikan oleh semua untuk mengejar kebahagiaan tanpa memerlukan pengiktirafan sesiapa.
Artikel berkaitan: Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
