fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Live Streaming: Michael Kors
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Kasut Pink Untuk Update Gaya Hujung Tahun
Sejenak Bersama Sofia Coppola, Mengenai Koleksi Bersama UNIQLO
Trend Aksesori Barang Kemas Yang Mengubah Gaya 2025
Home > Fesyen > “Refleksi” Sinematik Bottega Venetta Untuk Kempen Musim Bunga/Panas 2018

“Refleksi” Sinematik Bottega Venetta Untuk Kempen Musim Bunga/Panas 2018

Meneruskan rentak kreatif Bottega Veneta dengan Art of Collaboration bagi koleksi musim Bunga/Panas 2018 mereka yang bermula dengan Miraggio dan 196.6 MHz, jenama ini melancarkan pula Utopia dan Rebirth sebagai kesinambungan kepada siri Reflections. Siri yang mengandungi enam filem pendek ini akan menonjolkan koleksi terbaru mereka melalui enam elemen utama yakni Mystery, Sophistication, Architecture, Sensuality dan Surrealism-tiang utama Bottega Veneta.

 

Imej persis storyboard antara elemen menarik kempen Bottega Veneta ini.

 

Memberikan keutamaan kepada potensi tanpa sempadan yang dijanjikan oleh dunia Internet, kempen mereka memberikan lebih tekanan kepada landasan digital yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

 

“Kami sering menyampaikan cerita mengenai produk dan juga jenama kami. Evolusi Art of Collaboration membolehkan kami berhubung dan berdialog dengan pelanggan kami mengikut rentak mereka sendiri,” kata Pengarah Kreatif Tomas Maier.

 

Utopia melambangkan dunia ideal serta impian dan potensi yang ada apabila dua individu bertembung. Manakala Rebirth pula mengisahkan kebalikan masa dan nostalgia.