Reverso Tribute Moon & Duo: Dua Koleksi Terbaru Jaeger Le-Coultre
Jaeger Le-Coultre mengembangkan koleksi Reverso Tribute dengan dua lagi rekaan baru: Reverso Tribute Moon dan Reverso Tribute Duo. Setiap satu dengan ciri yang amat berbeza dan unik kepada diri masing-masing bagi si pemakai yang menggemari jam tangan yang kelihatan complicated.

Bagi Reverso Tribute Moon, arloji ini menggabungkan elemen komplikasi dan vintaj yang disukai oleh golongan connoisseurs. Siri ini juga menyalurkan semangat daripada tahun 1931 dengan bahagian hadapannya diinspirasika oleh jam tangan Reverso yang asli. Dail perak yang disekalikan untuk tampak serasi dengan selongsong stainless steel berona biru. Setiap kali jam ini berdetik jam enam, sebuah disk bulan tampil dalam bentuk bulan sabit ibarat menangkap imej bulan dilangit. Motif Clous de Paris guilloché juga turut ditampilkan di sekeliling jam tangan ini.

Reverso Tribute Duo pula menggabungkan motif seni dan kepakaran Jager Le-Coultre yang menghasilkan jam tangan elegan dengan selognsong berona pink gold. Dengan konsep Duo yang diterapkan, jam tangan ini menampilkan dua dail yang berbeza — kedua-duanya halus dan menunjukkan zon masa yang berbeza. Lengkungan pada jam tangan ini juga memberikan efek kelembutan yang seimbang dengan barisan geometri asli yang diambil daripada inspirasi 1931.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
