Scha Alyahya & 9 Lagi Selebriti Bersinar Di Festival Filem Venice 2023
Dengan mogok SAG-AFTRA yang masih berjalan, Festival Filem Venice 2023 tampil sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berlangsung dari 30 Ogos hingga 9 September, acara tahun ini dilihat kurang meriah. Ramai selebriti terkenal tidak muncul di Festival Filem Venice kerana peraturan mogok menghalang mereka mempromosi sebarang projek semasa, masa lalu atau akan datang.
Bagaimanapun acara karpet merah tidak sepi daripada bakat-bakat filem bebas dan beberapa bintang kelas-A yang diberi pengecualian daripada mogok tersebut. Kebanyakannya hadir dalam persalinan mempesona, segak dan memukau mata.
Foto: Getty Images
Baca: 30 Fesyen Paling Diingati Di Karpet Merah Festival Filem Venice
Glam kongsikan beberapa stail selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah Festival Filem Venice ke-80
Scha Alyahya
Jelitawan ini tampil persis dewi di karpet merah dalam gaun putih satin berperincian manik daripada pereka tempatan, Alia Bustamam. Anting-anting dempak dan sarung tangan jarang melengkapkan penampilannya yang anggun. Scha Alyahya diterbangkan ke Venice, Itali oleh Armani Beauty untuk memberi sokongan kepada filem Poor Things lakonan Emma Stone dan Mark Ruffalo.
Patrick Dempsey
‘Dr. McDreamy’ muncul di karpet merah Festival Filem Venice ke-80 sempena filem terbarunya, Ferrari. Maskulinitinya terserlah dalam sut berjalur biru kelasi Brunello Cucinelli yang dipadankan bersama kemeja-T rona beige dan kasut rona coklat.
Amal Alamuddin
Isteri kepada aktor George Clooney ini tidak pernah kalah bergaya di acara karpet merah. Kali ini dia menyarung gaun nude-pink Dior rekaan John Galliano.
Jacob Elordi
Kemunculan bintang Priscilla ini mencuri perhatian lensa kamera. Jacob Elordi kelihatan amat segak dalam kemeja hitam dan sut kelabu Bottega Veneta.
Jessica Chastain
Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, aktres ini memilih untuk menyarungkan sut pada acara tahun ini. Jessica Chastain berjaya mencuri perhatian dalam blazer sulaman bunga berperincian manik dan celana sarat labuci rekaan Giorgio Armani.Rege-Jean Page
Aktor Bridgerton ini menyerikan karpet merah Festival Filem Venice dengan penampilan ringkas namun glamor dalam tuksedo hitam Giorgio Armani.Lili Reinhart
Bintang Riverdale ini menyarung gaun mewah berkilauan rona krim yang menyerlahkan aura Hollywood klasik. Gayanya disempurnakan dengan rantai berlian berlapis dan sepatu sepadan.
Jesse Williams
Segak dan bergaya, Jesse Williams menyarung sut biru indigo yang dipadankan bersama kemeja putih, tali leher kupu-kupu biru floss dan kasut rona hitam.Kate Beckinsale
Aktres ini tampil hangat di karpet merah dalam persalinan Georges Chakra Couture yang terdiri daripada kaftan mewah jarang bersama kolar dan juraian emas di bahagian lengan dan bawah baju. Tidak lupa juga sut badan berkilauan sepadan yang disarungnya. Kasut tumit tinggi dan barang kemas Chopard melengkapkan penampilan Kate Beckinsale.Adam Driver
Muncul di karpet merah Festival Filem Venice dalam sut klasik, Adam Driver berjaya menangkap intipati Venice dengan sempurna. Dia kelihatan begitu segak dalam sut hitam putih Itali yang menampilkan lapel lebar dengan sentuhan elegan kasual.
Foto: Getty Images
Baca: 30 Fesyen Paling Diingati Di Karpet Merah Festival Filem Venice
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
