Related Stories
Sensational Beauties: Artika Sari Devi & Whulandary Herman
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKEJELITAAN WANITA INDONESIA YANG DIMILIKI OLEH ARTIKA SARI DEVI DAN WHULANDARY HERMAN MEMBUATKAN SEMUA MATA YANG MELIHAT TERPANA. TETAPI LEBIH INDAH ADALAH SANTUN YANG DIMILIKI MEREKA CUKUP MENYENANGKAN. DUA RATU INI BERKONGSI VISI JANGKA PANJANG BERSAMA GLAM.
Kedua-dua wanita cantik ini sama-sama memulakan kerjaya dari Puteri Indonesia, sebuah pertandingan perintis kecantikan di Indonesia. Artika Sari Devi merupakan Puteri Indonesia 2004 dan terpilih top 15 di Miss Universe pada 2005. Manakala Whulandary Herman juga mengikut jejak sama bertanding di Puteri Indonesia 2013 dan Top 13 Miss Universe 2013. Ternyata kedua-dua wanita ini sangat hebat.
https://www.instagram.com/p/C2zeGphRnjY/
Apabila ditanya pandangan mereka tentang dunia ratu atau ‘beauty pageant’ hari ini, mereka mempunyai pendapat yang serupa. Bagi mereka, standard penilaian di pertandingan kecantikan kini semakin tinggi. Sama ada di dunia pemilihan menjadi duta mahupun sebagai model. Ternyata pertandingan kecantikan semakin berkembang seiring dengan kemajuan dicapai dalam pelbagai sudut.
Mungkin kerana semakin banyak organisasi besar ikut berkolaborasi contohnya seperti jenama solekan, fesyen, fotografi, solekan, pendandan rambut, doktor pakar kecantikan dan media.
https://www.instagram.com/p/C21JtQURRM2/
“Pemilihan berdasarkan 3B iaitu ‘Beauty, Brain & Behaviour’. Itu aspek utama untuk untuk memilih wakil Negara ke pertandingan kecantikan antarabangsa. Bukan sekadar cantik luaran sahaja tetapi juga kepintaran dan cara berfikir terutama persediaan mereka menjawab soalan. Oh, cara ‘catwalk’ dan ‘pose’ di depan kamera juga penting. Personaliti yang kuat dan ‘advocacy’ di dalam aktiviti peserta yang memberi impak baik di dalam masyarakat.”
MENDIDIK SURI TELADAN
Kabar baiknya, peserta dari negara-negara Asia Tenggara kini semakin dipandang dan beberapa kali berhasil meraih kemenangan. “Kami sangat percaya dunia pertandingan kecantikan atau ‘beauty pageant’ tidak akan pernah kehilangan peminat, malah akan semakin maju,” tambah Artika dan Whulan lagi.
https://www.instagram.com/p/C2zVD7hRgJ6/
Ini juga menjadi pertanda bahwa keperluan untuk lahirnya ‘role model’ di kalangan masyarakat untuk menjadi panduan atau inspirasi. Pertandingan kecantikan idealnya harus dapat menginspirasi seluruh wanita menjadi individu yang berdaya saing (empowering women) atau wanita yang memiliki kekuatan untuk melakukan hal-hal positif dalam hidupnya sekaligus membuat pilihan dalam hidupnya.
Justeru, mereka berdua tekad menubuhkan Artika-Whulandary Beauty Camp (AWBC) untuk memimpin wanita-wanita lebih siap menyertai pertandingan seumpamanya. Sementelah, sejak dahulu lagi mereka berdua sering sukarela membantu junior Puteri Indonesia menempuh pertandingan. Lalu tertubuhlah AWBC pada 2016 untuk memantau peserta ‘beauty pageant’ mahupun ‘modeling’ agar mereka lebih bersedia menyertai pertandingan.
Artika Sari Devi dan Whulandary Herman menyarungkan himpunan Tiffany Lock oleh Tiffany & Co.
Pengarah Kreatif: Aizat Aidid
Pengarah Seni: Amirul Arifin dibantu oleh Hilman Hisyam
Pengurus Kandungan Digital: Amira Azman
Gambar: Aaron Lee
Solekan: Syed Faizal
Dandanan: Ckay Liow
Teks: Marini Mat Zain
Artikel Berkaitan: Datin Intan Najuwa: Setiap Hari Saya Bahagia Apabila Bersama Si Dia
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
