Jadilah Dirimu Yang Asli Bersama Barisan Terkini Royal Oak Kreasi Audemars Piguet
Audemars Piguet mengajak anda untuk mengekspresikan diri dengan jam tangan pilihan kreasiAudemars Piguet. Bertekad untuk menyerlahkan aura personaliti para wanitanya, himpunan terbaru Royal Oak Selfwinding Chronograph dibentangkan dengan kombinasi kemasan serta warna.
Jadilah Dirimu Yang Asli
Jadilah versi diri yang terhebat bersama Audemars Piguet. Para wanitanya adalah generasi wanita yang kental, mendukung antara satu yang lain lagi bercita-cita tinggi. Cara terbaik untuk melangkah maju serta menjadi diri sendiri adalah untuk berpunya sistem sokongan yang kukuh. Di mana, para wanita senantiasa sedia membantu sesama sendiri. Demikian, Audemars Piguet berikhtiar meraikan para wanita hebat dalam usaha mereka untuk menjadi ‘Diri Mereka Yang Asli’.

Setiap jam tangan di dalam himpunan ikonik Royal Oak terbaru kreasi Audemars Piguet, digarap dengan penuh ketelitian agar mengimbangi keperibadian seorang wanita. Sertai kuiz kami untuk menemukan jam tangan yang memenuhi personaliti anda.
Terokai Koleksi Terbaru Royal Oak
Dicitrakan khusus untuk wanita yang mengikuti rentak fesyen terkini, setiap rekaannya diolah penuh ketelitian menjunjung teknik serta seni ketukangan Haute Horlogerie Swiss. Arloji terkini Royal Oak Frosted Gold Selfwinding 34mm tampil dengan perincian kemasan fros berkilauan digarap dari emas 18 karat. Teknik ketukangan ini diperkembangkan oleh pereka perhiasan barang kemas asal Itali, Carolina Bucci.
Perincian kemasan fros dalam emas putih membiaskan efek berkilau, dipadankan dengan laman dail berlapis PVD rona biru muda. Arloji diperkemas dengan corak “Grande Tapisserie” pada laman dailnya, indeks masa serta jarum diolah dari emas putih sepadan dengan material sarung case. Perincian kemasan Fros keemasan berkilau bak sinar berlian. Seni ketukangannya mencedok inspirasi dari teknik perhiasan Florentine kuno, yang diterjemahkan semula oleh Carolina Bucci menerusi karya perhiasan kontemporarinya.
Sementara itu, model Royal Oak Selfwinding Chronograph dalam saiz 38mm dikonstruksi emas merah solid 18 karat dengan lingkaran bezel bertatahkan batu kecubung potongan baguette yang dipilih dengan teliti. Laman dail rona ungu ini dihiasi dengan corak “Grande Tapisserie” membayangi kepersisan laman dail. Lantas, membiaskan spektrum rona ungu yang berubah nada saat disimbahi cahaya. Batu kecubung adalah sejenis kuarza mineral yang dikenali dengan kekuatan penyembuhannya, juga berupaya mengikis energi negatif.
Audemars Piguet turut mempersembahkan arloji Royal Oak Selfwinding dalam versi yang lebih kecil. Diperkemas dalam material seramik hitam berbalas kontras nada emas merah. Bersusuk rekaan klasik, anggun lagi versatil; kreasi ini ideal buat pergelangan tangan yang runcing. Tambahan lagi, elemen kemasan teknik guilloché pada laman dail merupakan salah satu signatur Royal Oak. Seramik hitam yang ringan dan kalis calar ini melindungi pergerakan bak perisai. Jam tangan disuntik dengan aksen emas merah bagi menyerlahkan kemasannya yang halus terperinci.
Tradisi dan keunggulan
Audemars Piguet adalah rumah arloji tertua yang masih direncanakan oleh keluarga pengasasnya Audemars dan Piguet. Berpusat di Le Brassus sejak tahun 1875, mereka telah memelihara serta mengembangkan generasi para tukang arloji yang berbakat. Di mana, mereka terus mengembangkan teknik serta inovasi baru bertujuan untuk memperhalusi serta memperluas seni ketukangan savoir-faire mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.audemarspiguet.com
Pautan berkaitan: True Great Gardens of the World
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
