Serpenti Viper Bvlgari Beri Sengatan Baru!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioJika diberi pilihan, pastinya koleksi barang kemas koleksi Serpenti menjadi pilihan peribadi saya. Kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Bukan sahaja punya nilai sensual yang memikat hati. Malah, koleksi barang kemas bersemangat ular ini juga punya karakter misteri. Tidak mustahillah, koleksi barang kemas di Bvlgari ini terus menjadi ikon mereka. Bagi menaikkan lagi status penting, maka dilancarkan lagi koleksi baru Serpenti Viper oleh Bvlgari.

Atas punya nilai klasik pada Bvlagri, maka tukang emas Roman mahu berikan cetusan lebih moden pada koleksi Serpenti. Lahirnya koleksi Serpenti Viper Bvlgari yang punya perincian lebih moden dan kontemporari. Seterusnya mampu memikat hati orang muda untuk lebih menghargai rekaan barang kemas berdrama ular ini! Jauhari di Bvlgari memilih untuk memberi fokus pada sisik ular yang saling berpautan. Ia dizahirkan oleh artisan mereka dengan mereka barang kemas yang saling berpautan. Ia dicantum satu-persatu, membuktikan lagi kehebatan artisan Bvlgari.

Cetusan untuk melancarkan koleksi baru ini adalah untuk memuaskan hati pencinta Bvlgari yang jiwanya lebih moden. Selain itu, Bvlgari juga melihat koleksi ini sebagai satu karakter yang menampakkan keyakinan diri sendiri. Cadangan melalui koleksi kontemporari ini adalah sentiasa mengikut naluri diri serta transform menjadi peribadi yang lebih baik. Seakan meminjam resmi ular dalam bersalin kulit. Koleksi baru ini dihiasi dengan berlian dan diikat pada tiga variasi emas yang berbeza.



Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Next Gen 2021
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


