Shweta Sekhon Sarung Busana Kuih Muih Wakili Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2019
Saban tahun, pertandingan ratu cantik Miss Universe adalah antara acara tahunan yang dinanti ramai. Apatah lagi di segmen busana tradisional di mana setiap peserta dari negara masing-masing akan menonjolkan busana tersendiri yang pasti unik, menarik di samping memperincikan kebudayaan setiap sebuah negara. Dua tahun lepas, Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh membawa aspirasi Perahu Bangau dan Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Kayty menggayakan busana Nasi Lemak. Malaysia juga tidak terkecuali menghantar wakil untuk bersaing dalam merebut gelaran Miss Universe 2019 yang bakal diadakan di Atlanta, Georgia.

Shweta Sekhon
Dan tahun ini jelitawan, Shweta Sekhon, 22 tahun menerusi satu majlis baru-baru ini memperkenalkan kostum bertema A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya di samping diilhamkan dari kuih-muih Malaysia. Antara sajian pemanis mulut yang terdapat dalam replika busana itu adalah seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian yang akan diperagakan.

Foto: Instagram @MissUniverseMalaysia
Untuk segmen gaun petang pula, Shweta memperagakan gaun dengan nama diberi Ocean Diva, diinspirasikan daripada keindahan pantai-pantai di Malaysia. Ocean Diva yang berona coklat dan emas karamel ini menampilkan gabungan tiga dimensi (3D) dan alam semula jadi, apatah lagi ia dihias dengan siput asli yang dijahit kemas di gaun tersebut.

Foto: Instagram @MissUniverseMalaysia
Kedua-dua busana tersebut merupakan olahan idea pereka fesyen tempatan, Carven Ong. Menerusi tembual bersama Awani, Carven menjelaskan, “Saya gunakan konsep ini dan menggayakan setiap perincian dengan yang melambangkan kepelbagaian di Malaysia termasuk penggunaan kain sarung, songket dan dimasukkan dengan aksesori-aksesori berwarna terang dan semestinya ini melambangkan keraian,” ujarnya.
https://www.instagram.com/p/B4wiaO-AFfZ/
All the best to Shweta dan Malaysia boleh!!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
