Swarovski Valentine’s Day 2021, Perhiasan Buat Yang Terkasih
Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari, dihangatkan lagi dengan bingkisan istimewa ilham Swarovski. Melancarkan himpunan barang kemas eksklusif, Swarovski Valentine’s Day 2021, terdapat empat rangkaian utama sempurna untuk semua wanita. Peka dengan kemahuan pasaran semasa, Swarovski mencadangkan beberapa rekaan baharu untuk cita rasa yang bervariasi. Berbeza identiti. Pun begitu, setiap koleksi direka dengan siluet bersih, mendefinisikan rekaan yang boleh dipakai pada bila-bila masa, diperkuat dengan desain elegan yang tak lekang dek zaman. Berpandukan teknik suai padan yang tersendiri. Timeless design.
ATTRACT
Terokai keindahan kilau kristal dan konstruksi rekaan buah rantai yang cukup tegap. Faktor elegan dengan sentuhan playful, berkilau dan tentunya anggun merupakan pilihan yang tepat buat wanita yang gemarkan butiran punya impak. Padankan ia dengan kalung yang tersedia dalam koleksi Swarovski, untuk menambah kilauan pada penampilan. Sarungkan ia pada jari manis atau kalung yang menghiasi leher, memberikan kesan mewah dengan paduan elegan. Menyempurnakan penampilan pabila menghadiri majlis makan malam.
INFINITY
Trik mudah untuk menzahirkan rasa sayang kepada pasangan. Sesuai dengan wanita yang beridentiti mewah dan sukakan rekaan yang lantang, sebagai opsyen untuk menambah kilauan pada keseluruhan penampilan. Kenakan anting panjang ini sebagai ‘statement’ penampilan yang eksklusif. Atau digayakan secara bersamaan untuk menonjolkan karakter si pemakai. Selaras dengan cita rasa wanita zaman sekarang yang gemar bermain dengan aksesori. Tampil lebih hebat dengan rangkaian Infinity, misalnya, dengan gaun labuh atau pakaian tradisional kala musim perayaan.

TENNIS DELUXE
Tennis Deluxe menawarkan kalung, anting-anting, gelang berhias taburan berlian yang cukup mewah. Kesemuanya Hadir dalam balutan emas putih yang elegan. Keindahan dan keunikan butiran yang membaluti, memberikan kesan baru yang fleksibel dengan menggabungkan ragam warisan estetika Swarovski, seperti studs, manik-manik. Menampilkan dualiti tampilan, antara yang klasik dan off-beat. Yang tajam sekaligus halus di sentuhan. Desain dari set ini menjunjung nada gaya feminin yang moden.
TWIST
Trik mencipta gaya glamor disempurnakan dengan koleksi Twist. Yang menghadirkan aksesori subang, cincin dan buah rantai dalam balutan emas putih dan kuning, dihiasi sematan berlian yang elegan dan playful. Kesan klasik, minimalis melalui reka bentuk, sekaligus playful menjadi penanda koleksi Twist. Warna-warna batu yang cukup ‘statement’, menjadikan aksesori ini pilihan yang tepat sebagai penanda percintaan mahupun pertalian keluarga.
Artikel berkaitan: “Sunshine Shopper Bag”, Lambang Estetik FENDI
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.









