Tonton The Fondation Louis Vuitton Dari Rumah Anda!
Berikutan arahan kerajaan Perancis yang mengarahkan semua aktiviti di negara itu dibatalkan berikutan penularan Covid-19 sehingga notis selanjutnya, Louis Vuitton tampil dengan idea kreatif buat anda. Walaupun ditutup, Fondation terus berkongsi informasi dengan orang awam dan komuniti melalui teknologi digital. Kini anda bisa menonton pameran, konsert, masterclasses dan acara tertentu seperti sedia kala yang ditawarkan sejak pembukaan 2014.
Setiap minggu Fondation akan menganjurkan tiga acara digital:
- Rabu pada 6 petang, lawatan pameran dengan ulasan oleh kurator.
- Jumaat pada pukul 8:30 pagi, sebuah konsert yang diadakan di Auditorium.
- Ahad jam 5:30 petang, sebuah konsert oleh graduan Classe d’Excellence de Violoncelle yang diketuai oleh Gautier Capuçon.
Video-video ini boleh didapati dalam talian di laman Facebook Fondation https://www.fondationlouisvuitton.fr/en.html dan saluran YouTube https://www.youtube.com/user/FondationLV.
Dan laman Instagram, akan memaparkan kandungan yang belum pernah dipertontonkan misalnya bahagian artis Koleksi, kuiz pada karya seni dari Koleksi, dan sebagainya.
Cari #FLVfromhome di Instagram, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn.
https://www.youtube.com/watch?v=oeKU2bPMog8
Lebih banyak aktiviti akan disenaraikan di laman web ini untuk beberapa minggu berikut.
Jumaat (27 Mac) jam 8:30 malam waktu Paris – konsert Lang Lang diadakan di Auditorium.
Ahad (29 Mac) jam 5:30 petang waktu Paris – “Violoncelles, vibrez!” dokumentari oleh graduan Classe d’Excellence de Violoncelle yang diketuai oleh Gautier Capuçon.
Nikmati muzik, kesenian, budaya atau hanya sesuatu yang perlu dilakukan di rumah semasa tempoh berkurung ini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

