fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool
Himpunan Tas Tangan Untuk Dimiliki Pilihan GLAM
Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023
Moschino “BIJOUX BIJOUX BIJOUX”
GLAM 101: Baju-T Berslogan
Home > Fesyen > Wanderlust + Co Melebarkan Sayap ke Amerika Syarikat!

Wanderlust + Co Melebarkan Sayap ke Amerika Syarikat!

Jenama barang perhiasan tempatan, Wanderlust + Co, kini melebarkan sayap dengan pembukaan dua kedai pertamanya di Amerika Syarikat iaitu di New York City dan Philadelphia.

Ini merupakan langkah terbesar jenama ini yang sebelum ini lebih dikenali secara dalam talian dan mempunyai lima kedai fizikal di Asia.

Sejak ditubuhkan, Wanderlust + Co dikenali dengan rekaan barang perhiasan yang bergaya mewah tetapi mampu milik. Setiap rekaan diinspirasikan oleh intuisi dan keunikan individu yang menjadikannya lebih daripada sekadar aksesori, tetapi juga lambang peribadi dan keyakinan diri. Tidak hairanlah, komuniti #WCOCommunity yang menyokong jenama ini terus berkembang di seluruh dunia.

Wanderlust + Co di New York & Philadelphia

Amerika Syarikat kini merupakan salah satu pasaran terbesar bagi jenama ini, menyumbang hampir 40% trafik laman web dan pembelian global. Lebih menarik, 20–25% pelanggan dari AS kembali membuat pembelian kedua adalah bukti kukuh bahawa ramai yang jatuh cinta dengan jenama ini!

Menurut pengasas dan CEO Wanderlust + Co, Jenn Low, sambutan hangat daripada pelanggan AS memberi keyakinan kepada mereka untuk terus berkembang. “Kami bukan saja melihat jualan yang kukuh, tetapi juga hubungan yang mendalam dengan pelanggan – dari mereka yang baru mengenali kami, sehinggalah pelanggan setia yang terus kembali,” katanya.

Sebelum membuka kedai fizikal, Wanderlust + Co telah mengadakan acara pop-up di AS dan hasilnya sangat positif. Apabila pelanggan dapat melihat dan mencuba barang kemas secara langsung, kadar pembelian dan penglibatan pelanggan meningkat dengan ketara.

“Kami mahu berjumpa pelanggan kami di mana sahaja mereka berada sama ada dalam talian atau di kedai,” tambah Jenn. “Pengalaman membeli-belah yang bermakna dan mesra pelanggan adalah fokus utama kami.”

Dengan langkah baharu ini, Wanderlust + Co bersedia untuk terus mencipta detik istimewa bersama komuniti peminatnya di Amerika Syarikat dan siapa tahu, mungkin negara lain selepas ini?

Artikel Berkaitan: Terokai Koleksi Dan Servis Eksklusif Wanderlust + Co