GLAM Personaliti: Akmar & Aida

Sejak mereka masih menuntut lagi, dua adik beradik ini sudah mula memasang angan-angan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Melihat pada gaya mewah Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin Hanif ini, kami merasakan mereka sudah pun living their dreams! Pasangan adik beradik ini menerajui perniagaan saham amanah ketika masih menuntut di universiti lagi dan telah berjaya mendapat gelaran jutawan seawal usia 20an! Namun begitu, kejayaan tidak menerpa tanpa susah payah dan pengorbanan pada awalnya.

“I had to segregate my time wisely in a day. Seawal jam lapan pagi setiap hari saya akan bertemu klien.Tepat jam 10, saya akan ke kuliah pula. Sewaktu makan tengahari saya berjumpa dengan klien lain. There is no time to eat and I had to change my clothes in public toilets. Life was quite tough back then.” – Aida Nurlin.

Melihat orang tua yang masih perlu mencari pekerjaan pada usia 55 tahun hanya untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk mereka, telah dijadikan motivasi utama untuk mereka bekerja keras. Hasilnya, mereka kini mampu memiliki Porsche Panamera dan Bentley, bersantai di Paris dan Itali serta mengenakan Hermes, Celine dan Pucci.

“For now, pastinya Hermes idaman kami kerana pertamanya, kerana pertamanya ia amat sukar dimiliki dan keduanya, it takes style to carry it. Kami juga selesa mengenakan rekaan koleksi Roberto Cavalli dan sepatu pastinya Christian Louboutin!” – Nor Akmar

Kini, Millionaires Sisters ini bercita-cita untuk mencapai gelaran billionaire dan sedang bekerja keras untuk mencapainya. Selain itu, mereka berharap dapat menjadi kebanggaan negara dan menyumbang lebih lagi kepada masyarakat di masa akan datang.

**Baca artikel penuh daripada Meera Darus di dalam ruangan GLAM Personaliti keluaran April.

POST A COMMENT