Gabungan Elemen Sofistikasi dan Wanita Tegar Dior Dengan Jennifer Lawrence
Gabungan elemen feminin dan maskulin wanita Dior digabungkan untuk menghasilkan sinergi unggul Koleksi Cruise 2019.

Sekali lagi Jennifer Lawrence bekerjasama dengan Dior. Menjadi wajah Dior sejak 2012 lagi, ternyata peribadi dan perwatakan pelakon itu di dunia filem serasi untuk koleksi kali ini.
Mengambil serius tugasnya sebagai pengarah kreatif Dior dan juga seorang wanita, Maria Grazia Chiuri meneruskan perjuangannya untuk membantu memberi suara kepada golongan wanita serata dunia menggunakan landasan fesyen.

Menjiwai konsep koleksi Cruise 2019 Dior, Jennifer Lawrence kelihatan sangat hebat menggayakan ceraian daripada koleksi tersebut dikelilingi pula tanah tandus sekali gus menghidupkan semangat wanita-wanita escaramuza yang merupakan inspirasi utama Chiuri kali ini.
[envira-gallery id=”85947″]
Mengambil elemen feminin yang ditampilkan oleh escaramuza, Chiuri memberi lebih tumpuan kepada elemen tersebut yang kemudiannya diberikan sentuhan lebih edgy untuk mengimbangkan koleksi ini mengikut cita rasa wanita moden masa kini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
