Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia
Filem Baru Arahan Tom Ford?
Datin X: Cinta Terhalang Kerana Berbeza Fahaman Politik
Kembara Di Kota New York Dan Seoul Bersama Soo Joo Park
Godaan Black Friday Bersama Nespresso
Home > GLAM Life > 10 Pelakon Wanita dengan Bayaran Tertinggi 2016

10 Pelakon Wanita dengan Bayaran Tertinggi 2016

Oleh: Nur Sofea    Baru-baru ini Forbes mengeluarkan senarai 10 pelakon wanita dengan bayaran tertinggi 2016. Dari Jennifer Lawrence hingga Deepika Padukone, 10 pelakon wanita dengan bayaran tertinggi ini berjaya meraih pendapatan 205 juta dollar keseluruhannya dari 1 Jun 2015 hingga 1 Jun 2016.  
Jennifer Lawrence Golden Globes 2016

Gambar: Arkib GLAM

  Jennifer Lawrence Jennifer Lawrence sekali lagi berjaya mendahului carta dengan pendapatan sebanyak 46 juta dollar. Filem Hunger Games yang dibintangi oleh Lawrence berjaya meraih pendapatan sebanyak 653.4 juta dollar dan sekaligus menaikkan lagi populariti Lawrence serta pendapatannya.  
The 72nd Golden Globe Awards - Arrivals

Gambar: Arkib GLAM

  Melissa McCarthy Pelakon Ghostbusters remake ini berjaya menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak 33 juta dollar. Selain mendapat keuntungan dari bayaran untuk berlakon dalam filem Ghostbusters, McCarthy juga memulakan label fesyen sendiri dengan mereka pakaian dari pelbagai saiz.  
Marvel`s The Avengers Age Of Ultron Los Angeles Premiere

Gambar: Arkib GLAM

  Scarlett Johansson Menduduki tempat ketiga dengan 25 juta dollar. Johansson dikatakan menerima bayaran sebanyak 17.5 juta dollar untuk watak dalam filem Ghost in the Shell yang menerima begitu banyak kritikan. Johannson meningkatkan lagi pendapatannya dengan iklan Dolce & Gabbana.  
The 72nd Annual Golden Globe Awards -Arrivals-in Los Angeles

Gambar: Arkib GLAM

  Jennifer Aniston Jennifer Aniston menerima bayaran pendahuluan tujuh angka untuk filem yang bakal dibintanginya seperti Office Christmas Party. Pendapatan Aniston selebihnya diperolehi dari iklan-iklan yang dibintanginya.  
May 14, 2015 - Cannes, France - Fan Bing Bing (Credit Image: © Panoramic/ZUMA Wire)

Gambar: Arkib GLAM

  Fan Bingbing Fan Bingbing berjaya meraih 17 juta dollar untuk menduduki tempat ke lima dalam senarai itu. Dia juga merupakan satu0satunya pelakon dari China yang tersenarai dalam senarai tersebut. Bingbing berjaya meraih pendapatan yang tinggi daripada filem lokal yang dibintanginya iaitu Skiptrace dan Lady of the Dynasty.     Charlize Theron Hanya kurang 0.5 juta dollar dari Fan Binbing, Charlize Theron menduduki tangga ke enam dalam carta. Theron dikatakan menerima bayaran pendahuluan sebanyak 10 juta dollar untuk watak pembantu dalam filem The Huntsman: Winter’s War. Theron juga duta untuk Dior J’Adore perfume. Kali terakhir Theron disenaraikan ialah pada tahun 2013  
Amy Adams Golden Globes 2016

Gambar: Arkib GLAM

  Amy Adams Meraih pendapatan sebanyak 17.5 juta dollar, Adam kembali tersenarai dalam senarai itu. Wataknya sebagai Lois Lane di Warner Bros.’D.C. Comics series berjaya meraih pendapatan yang banyak.Selain itu, Admas turut menjadi duta untuk MaxMara.  
Julia-Roberts-21st-Annual-Screen-Actors-Guild-D5qtlh9xdBXl

Gmabar: Celebritysnap.com

  Julia Robert Julia Roberts menduduki tempat ke lapan senarai dengan pendapatan sebanyak 12 juta dollar. Walaupun filem Mother’s Day kurang mendapat perhatian dari para peminat namun filem Money Monster yang dibintanginya bersama George Clooney berjaya menarik penonton. Roberts juga merupakan duta untuk Lancome.  
Mila-Kunis-wears-Gemfields-Mozambican-For-Jupiter-Ascending-Premiere1

Gambar: frostmagazine.com

  Mila Kunis Pelakon Bad Mom ini berjaya meraih pendapatan sebanyak 11 juta dollar. Selain itu, Kunis turut menyumbangkan suara untuk watak Meg dalam filem Family Guy dan juga turut menjadi duta untuk iklan Gemfields Jewelry dan Jim Beam Whiskey.  
cute-smile-of-bollywood-actress-deepika-padukone-photo

Gambar: moviescelebrities.com

  Deepika Padukone A newcomer to the ranking! Pelakon Bollywood ini berjaya tersenarai dalam senarai itu dengan filem hit lakonannya iaitu Bajirao Mastani. Padukone juga turut terlibat dalam iklan.