fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dari Meja Pengarah Kreatif: The New Contenders
Kim Kardashian Luah Rasa Cinta Buat Kanye West Dalam Mesej Hari Jadi
Aiskrim Atau Gelato: Apa Perbezaannya Dan Yang Mana Lebih Sedap?
Kehidupan Inap Mewah Di Hotel The Danna Langkawi
Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines

5 Selebriti Yang Memiliki Empayar Bernilai Bilion Dolar

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jessica Simpson: Jessica Simpson Collection (USD1 bilion)

Kala namanya berada di kemuncak kemasyhuran, penyanyi ini melancarkan jenama Jessica Simpson Collection pada 2005 yang merangkumi sepatu, pakaian, tas tangan, barang kemas, wangian dan barangan rumah. Dijual di pelbagai gedung sekitar Amerika Syarikat termasuk Macy’s, Dillard’s, Belks dan Nordstorm, ia menjana pendapatan sebanyak USD1 bilion setiap tahun.

Rahsia kejayaan Jessica adalah pada pemahamannya yang jitu terhadap keinginan wanita. Dia menghasilkan jenama yang sesuai untuk segenap masyarakat tanpa mengira usia mahupun saiz tubuh.

Pada 2015, pelantun lagu Irresistible ini menjual 62.5 peratus saham kepada Sequential Brands namun kini sedang berusaha mendapatkannya kembali setelah syarikat tersebut menfailkan muflis.

Jessica Simpson

Foto: Instagram

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse