Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022
Pertunjukan Fesyen 2 Dalam 1 Antara Monse & Oscar de la Renta
Himpunan Gaya Selebriti Di LACMA Art+Film Gala 2024
Gaya Julianne Moore Di Permaidani Merah
The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!
Home > Fesyen > Michael Rider Menaruhkan Gaya Berkeyakinan Di Celine

Michael Rider Menaruhkan Gaya Berkeyakinan Di Celine

Himpunan sophomore ilham Michael Ryder buat Celine mengukuhkan lagi kod gaya, idea fesyen cool dan berkeyakinan baharu buat musim panas 2026.

Musim panas 2026 menyaksikan satu aura baharu tentang kewanitaan yang tenang, matang dan penuh keyakinan melalui koleksi terbaharu Celine karya Michael Rider. Rumah fesyen Paris tersebut memperkenalkan apa yang digelar sebagai “a new way of dressing”, satu pendekatan yang tidak menjerit perhatian, sebaliknya memikat dengan bahasa yang halus dan berkelas. Siluet utama wanita kali ini berpaksi pada sikap Parisian yang bersahaja. Bayangkan helaian harian yang diangkat darjatnya menjadi sesuatu yang begitu sofistikated. Seluar denim potongan boyfriend berpinggang tinggi digayakan dengan kemeja santai yang dilipat kemas pada pergelangan, atau blazer lembut yang jatuh tepat di bahu. Ia adalah pertemuan antara kemewahan dan keselesaan. Permainan siluet turut menjadi nadi penting. Gaun mini berpotongan kemas, rekaan peplum yang membentuk tubuh secara anggun, serta kemasan bertekstur yang memberikan dimensi pada setiap langkah. Menariknya, semuanya dipadankan dengan kasut rata balet atau sandal bertali halus, seolah-olah memberi mesej bahawa wanita berpengaruh tidak perlu terlalu mencuba untuk tampil menjerit. celine musim panas 2026 Elemen volum dan draping pula memperlihatkan keindahan struktur yang lembut. Sut yang dipadankan secara tidak konvensional, seluar lebar yang meleret sopan, serta gaun labuh berpotongan asimetri mencipta ritama indah ketika melangkah. Pinggang yang dicekak rapi memberi ilusi siluet yang memanjang, mencipta aura keanggunan yang senyap namun cukup menonjol. Aksesori memainkan peranan sebagai sentuhan penamat yang cermat. Rantai halus dan butang berinspirasikan perhiasan menghiasi helaian tanpa berlebihan. Skarf sutera dengan corak berani dan warna bold disimpul pada tas tangan kulit, menyuntik karakter yang kaya dengan rujukan warisan. Beg yang dipersembahkan dalam nada cukup ringkas, melonjakkan lagi stail sejati wanita Paris. Mereka ini cukup punya keyakinan diri yang tinggi. Tidak perlu menjerit dengan bantuan aksesori yang menenggelamkan diri. Beg Little Halfmoon Soft Triomphe kini hadir dalam saiz kecil. Mencipta gaya chic sebenar Celine!

Aksesori Terbaik Di Celine Musim Panas 2026

Artikel Berkaitan: Permulaan Legasi Gaya Michael Rider Di Pentas Celine