Jet Setter Girl: Sofia Sanchez Barrenechea
Versace Tidak Akan Menunjukkan Koleksi Couture Mereka Lagi
Jejak Anggun Longchamp, Koleksi Kasut Terkini Untuk Diterokai
LIVE STREAMING: MICHAEL KORS FALL 2016
Calvin Klein Menawarkan Khidmat Made-To-Measure
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Gemerlapan Mewah Adi Arlogi Jaeger-LeCoultre

Gemerlapan Mewah Adi Arlogi Jaeger-LeCoultre

Gabungan seni dan ke dalam jam tangan merupakan kombinasi yang paling menawan bagi mana-mana pembuat jam agar setiap perincian yang ditampilkan mempunyai makna dan tugas mereka dalam menyampaikan cerita yang mereka ingin sampaikan melalui rekaan mereka. 

 

Himpunan Rendez-Vous sememangnya dikenali sebagai satu nukilan jam tangan mewah yang menghuraikan erti sebenar sisi feminin. Signatur fasa bulannya adalah karakter paling menonjol dan bersempena pre-SIHH ini, Rendez-Vous Moon High Jewellery ciptaan Jaeger-LeCoultre hadir dalam gaya yang lebih mewah. Sebanyak 301 butir permata nilam biru dalam tetapan snow-setting menyelimuti permukaan dial. Menambah gemerlap himpunan ini, berlian turut ditatah pada bahagian bingkai hingga ke penunjuk berbentuk bintang.

 

Jaeger-LeCoultre Rendez Vous Night & Day