Gemerlapan Terindah Timur Tengah
Teks Yusairi Fitri
Gambar Swarovski
Hari Raya Aidilfitri, menandakan berakhirnya Ramadan dan acara penting dalam kalendar Islam ini disambut dengan keluarga dan orang tersayang. Swarovski meraikannya koleksi terbaru yang sempurna digayakan buat pelbagai majlis. Memilih The Most Graceful Icon yakni Neelofa sebagai wajah kempen Raya tahun ini buat kali pertama di Malaysia dan kempen yang berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi sungguh menakjubkan. Musim ini, koleksi terbaru Swarovski diilhamkan daripada keindahan sinar matahari yang bersinar-sinar mencipta kegembiraan, membawa keyakinan, kecantikan dalaman dan luaran buat wanita, seperti Neelofa auranya bergemerlapan, cita-cita, keyakinan dan glamor.

“Syawal adalah bulan yang saya akan luangkan masa dan memberi tumpuan pada nilai, cara bagaimana saya dapat menyumbang kepada masyarakat. Hasrat saya adalah untuk menjadi pemberi, bukan penerima. Seseorang yang memberikan cinta, kekuatan dan aura positif. Saya benar-benar percaya kehebatan seseorang itu tidak berpaksi pada apa yang mereka miliki tetapi dengan apa yang mereka berikan.” Kata Neelofa.

Gandakan gemerlapan sambutan Hari Raya Puasa bersama seleksi perhiasan Swarovski yang pastinya menerbitkan keanggunanmu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
