Loading media...

Unable to load content
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH
Kuala Lumpur Fesyen Week 2019 – Yang Anggun & Menawan
Millennial It-Girl: Sarah Lian
Pesona Shailene Woodley
Kolaborasi Coach x Selena Gomez Menjadi Kenyataan
Home > Fesyen > GLAM 101: Giorgio Armani

GLAM 101: Giorgio Armani

Teks: Aizat Aidid
 

1

Cate Blanchett sering menyarungkan helaian Giorgio Armani tatkala menghadiri acara anugerah filem


 
Dekad 80-an dunia fesyen sedang asyik dengan helaian penuh dramatik serta rona terang menjerit, muncul pula Giorgio Armani membawa rentak baru dengan gaya sut berselera minimalist. Bermula dengan himpunan jaket serta sut buat lelaki yang cukup moden kemudian mendedikasikan satu koleksi sut khas buat wanita sehingga menjadi fenomena power suit ke pejabat.
 
1. Giorgio Armani belajar dalam bidang perubatan serta pernah berkhidmat buat servis militer dan ketika itu dia di Milan bekerja di pusat membeli belah La Rinascente sebagai pembantu Window Dresser dan turut menjadi pembantu jurugambar.
 
2. Pernah bekerja buat Nino Cerutti serta menjadi pereka bebas buat jenama lain sehinggalah sahabatnya Sergio Galeotti menyarankan untuk membuka label pada 1975 dan memberi fokus dalam ceraian lelaki.
3. Selepas kejayaan koleksi lelaki Armani memberanikan diri melancar himpunan sut buat wanita sehingga mencipta terma stail power suit yang bermain dengan palet semula jadi serta siluet yang membebaskan wanita bergerak lancar.
 
4. Ketika remaja dia menjadikan panggung wayang sebagai tempat berlindung daripada perang lantas Armani cukup mencintai dunia hiburan sehingga mereka kostum buat beberapa filem seperti American Gigolo, Ocean’s Thirteen dan A Most Violent Year.
 
5. Di bawah lembayung jenama besar Giorgio Armani ada beberapa label lain seperti Armani/Casa dan Armani/Fiori. Selain itu Armani turut menggunakan Armani Teatro untuk membantu jenama Itali yang baru mempersembahkan koleksi mereka seperti Stella Jean.
 
[soliloquy id="48556"]
[soliloquy slug="glam-101-giorgio-armani"]