GBC Lulus: Ini 3 Wangian Terbaharu Yang Unik Di TROVE
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioUntuk GBC lulus bulan ini, editor GBC menyenaraikan wangian eksklusif terbaru yang anda boleh dapati di TROVE, emporium wangian mewah.
Jika anda mencari wangian eksklusif dan mewah yang mampu menggambarkan keperibadian anda, TROVE adalah tempatnya. Koleksi wangian di sini menampilkan haruman yang elegan dan mewah. Editor GBC membariskan tiga wangian yang anda harus miliki daripada TROVE.
ETAT LIBRE D’ORANGE | STORY OF YOUR LIFE

TROVE memperkenalkan wangian baharu dalam Koleksi Klasiki. Di tengah-tengah tunjangnya TROVE serlahkan gambaran visual cinta: lingkaran perasaan yang membawa kepada idea cinta, sambil menyembunyikan isi hati sebenar, cinta sejati. Untuk mendapatkan reka bentuk ini, TROVE bermain dengan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) untuk mencipta pergerakan berdasarkan bentuk hati itu, secara berulang-ulang, untuk mencerminkan degupan jantung dan kisah cinta. Disekeliling hati ini, TROVE mainkan rona merah jambu dan jingga untuk menyerlahkan tanda pengenalannya dan mengangkat emosi selesa, hangat serta penuh berkuasa.
CHASING SCENTS | PRIVATE TEAHOUSE

Private Teahouse ialah wangian yang diilhamkan oleh lokasi yang damai dan perasaan keluar daripada rutin harian sejurus diri melangkah masuk ke kedai teh untuk berehat. Meninjau kepada elemen dalam Private Teahouse, bauan teh hitam meresap keluar daripada bingkai kayu, lalu hilang di sebalik kabus gunung. Ia umpama sapaan hangat untuk ke ruang perlindungan haruman yang sama sekali terasing daripada dunia harian. Wangian ini bertunjangkan profil bauan pekat daripada teh Lapsang Souchong. Dihasilkan di Pergunungan Wuyi, Lapsang Souchong amat terkenal dengan perisa khas teh hitamnya yang disalai, memberikan aroma yg tersendiri dan menampilkan ekstrak teh yang dibuat sendiri daripada daun berharga. Prosesnya memerlukan kawalan terperinci ketika dituai dan kitaran pengekstrakan menggunakan radas Soxhlet untuk mengumpul pati beraroma – yang jarang ditemui dalam wangian arus utama.
THE HOUSE OF OUD | WHITE PEARL

White Pearl diinspirasikan daripada mutiara Akoya yang mengagumkan dan mempesonakan dengan keajaiban bentuk bulat dan warnanya, serta kilauan semulajadi yang menjadikannya unik di dunia. Mutiara sentiasa sinonim dengan aspek kelas dan keanggunan, malah Ratu Elizabeth amat menyukainya. Mutiara juga menjadi lambang ikatan istimewa, seperti dalam barang kemas bersejarah Ratu Elizabeth II, iaitu choker mutiara empat lapis yang dikenali sebagai “Japanese Pearl Choker.” Khazanah ini adalah hadiah dari laut, di mana nota samudera menjadi asas kepada gabungan nota flora yang lembut, disertai dengan rempah ratus yang meriah. Paduan biji Pink Pepper dan Pelaga ditenun dengan sempurna bersama seikat bunga segar seperti Ylang Ylang, Mawar, dan Iris. Gabungan ini mampu menghasilkan warna dan tekstur yang halus, bersinar bersama mutiara putih yang berharga.
Artikel Berkaitan
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk̷...
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ring...
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume &...
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malay...
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecan...
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kul...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
