GLAM Deko Diari – Instalasi Fesyen dan Seni

Instalasi indah oleh COS X Swine Studio
Bersempena acara Salone Del Mobile 2017, tidak hanya jenama yang membawakan seleksi perabot dan barangan hiasan kediaman yang turut serta. Kali ini jenama pakaian COS berkolaborasi bersama sebuah studio yang berpangakalan di kota London, Studio Swine untuk mempersembahkan New Spring. COS merupakan jenama yang berada di bawah payung yang sama dengan jenama fesyen streetwear lain seperti H&M dan Monki.
Edisi sempena minggu rekaan tahun ini menampilkan Cos dan Studio Swine membawakan ilham arkitek dari Jepun, Azusa Murakami bersama artis Britain, Alexander Groves yang bakal dipersembahkan di lokasi istimewa, Cinema Arti yang terletak di Central Milan. Gabungan dua insan berjiwa kreatif ini memaparkan rekaan yang bersifat immersive dan merangsang pelbagai deria, sesuai dengan tajuk yang dipilih yakni New Spring.
Sepanjang berlangsungnya acara Salone sehingga April 9, para pengunjung boleh melihat sendiri instalasi ini dengan spanjang minggu. Menariknya, arca ini bakal menjadi titik fokal persembahan dengan ketinggian mencecah enam meter tinggi dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan aluminium yang didapati dari proses kitar semula.
Dipercayai kedua pereka ini mengambil inspirasi dari persekitaran kota yang banyak dipengaruhi elemen rekaan selain nilai sejarah yang terkandung buat kota utama dunia ini.”Kami terus tertarik tatkala melihatkan candelier Murano yang rata-rata menjadi pilihan menghiasi kediaman peribadi dan istana lama di sekitar bandar Milan ini. Secara tidak langsung ia menjadi titik tengah pada rekaan struktur New Spring,” kongsi wakil Studio Swine.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

