Kembara kami ke Johor Bahru penghujung tahun lalu adalah untuk merakamkan beberapa kediaman dengan seleksi gaya berbeza untuk dikongsikan bersama pembaca GLAM Deko. Untuk itu saya telah menguruskan pengangkutan yang bakal membawa saya untuk perjalanan ke kota utama yang terletak di selatan tanah air. Kesesuaian dan praktikaliti menjadi kunci utama. Hakikatnya saya bukanlah seorang yang bijak dalam mengemas pakaian untuk tugasan luar menjadikan saya mahukan sebuah kenderaan yang menyediakan ruang tambahan yang besar. Selain itu, tuntutan tugas menjadikan saya perlu merangka perkakasan lain untuk menyiapkan tugasan lain dalam masa yang sama.
Rekaan yang ringkas juga mudah dikendali turut menjadi kunci mengapa saya memilih BMW model i118. Mereka turut menawarkan beberapa pilihan lain, tetapi saya lebih terpaut kepada yang satu ini. Satu perkara yang saya sedari usai menggunakan kenderaan ini adalah penjimatan minyak yang begitu mengagumkan. Biarpun perjalanan jarak jauh, disertakan perjalanan di dalam bandar kerana kebanyakkan pergerakkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk penggambaran, model kenderaan ini tidak memerlukan saya kerap mengisi petrol.
Berbicara mengenai tempat penginapan, Editor GLAM Deko telah mengaturkan kami mendiami di salah sebuah pembangunan hartanah premium yang menawarkan seleksi kediaman mewah dengan pelbagai gaya berbeza. Kebetulan pula Vila Pengarah yang dikhususkan kegunaannya untuk ahli lembaga pengarah apabila mereka berkunjung ke sini tidak digunakan pada masa ini. Oleh itu salah satu unit dikhususkan kepada kami selama seminggu seperti yang telah dipersetujui.
Menariknya di Leisure Farm, pemaju menawarkan beberapa khidmat tambahan seperti kenderaan ulang alik ke tempat tarikan pelancongan lain seperti Legoland dan Taman Tema Hello Kitty, yakni dikhususkan buat pemilik kediaman yang berkeluarga. Praktikal jika anda mempunyai sahabat dan saudara yang datang berkunjung. Kediaman serba lengkap dengan gaya kontemporari moden ini sememangnya bagaikan kediaman sendiri setiap kali kami penat menjalankan tugas seharian. Saiz kediaman yang praktikal memberikan banyak ruang privasi biarpun menginap bersama empat orang teman sekerja. Kediaman serba lengkap ini sememangnya menjadi idaman.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
