GLAM Deko Kediaman – Organik Industrial
Penyelaras : Suhana Desa
Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : Dennis Kho
Pereka, Azry Fazamy diberi mandat untuk merealisasikan impian pemilik membina kediaman yang sudah lama dibiar tidak berpenghuni. Kali ini, Azry mahu menghidupkan atmosfera organik yang mana, palet kelam diadun bersama material metal, kayu padu dan kulit sebagai paksi kediaman. Manakala, kehidupan hijau semulajadi turut dibawa masuk ke setiap ruang hidup penghuni. Banglo tiga tingkat ini mengekalkan seni bina bahagian luar.
Ruang tamu utama, ruang makan dibina berkongsi lantai yang sama di aras bawah kediaman. Struktur syiling berganda memberi laluan mudah buat udara dan pengcahayaan semulajadi di sekitar kediaman.
Jelas Azry, “Kelemahan reka pelan kediaman ini adalah kewujudan ruang-ruang kosong yang tidak praktikal dan tidak dapat digunakan semaksima mungkin. Jadi saya hapuskan ruang-ruang ini termasuk struktur asal dapur dan bilik utiliti bagi memberi lebih ruang sosial yakni ruang tamu utama dan ruang makan.”
Warna kelabu kelam dengan kesan kemasan simen mentah dipilih bagi membentuk dinding fokal di ruang tamu. Gril gelangsar besi padu menggantikan fungsi langsir dan tirai bertindak menabir cahaya semulajadi di kala siang.“Gril gelangsar ini cetusan idea Azry kerana saya tidak mahukan langsir sebagai penabir suria kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan berkala. Gril ini secara tidak langsung memberi impak berbeza pada ruang ini. Malah, saya terpegun melihat hasil akhir,” kata pemilik yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azry untuk projek ini.
Sementelah ruang bawah didedikasikan sebagai ruang sosial, aras dua banglo menempatkan kamar beradu utama dan ruang duduk-duduk. Ruang duduk-duduk antara struktur tambahan yang dilakukan oleh Azry. Titik fokal ruang; lukisan hutan tropika memenuhi panel dinding ruang karya, Nik Mohd Hazri.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
